Tiada jemaah dua darjat di Masjid Putra
Tiada jemaah dua darjat di Masjid Putra
Pihak pengurusan Masjid Putra menolak dakwaan adanya layanan berbeza kepada jemaah yang hadir solat Jumaat di masjid itu seperti tular di media sosial semalam.
Masjid Putra berkata segala tindakan pihaknya dibuat berdasarkan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan pihak berkuasa.
“Apabila kapasiti jemaah mencukupi, pihak pengurusan masjid akan menutup pintu pagar utama masjid menyebabkan jemaah yang hadir kemudian tidak dapat memasuki masjid.
“Bagi solat Jumaat, kapasiti jemaah di Masjid Putra ditetapkan seramai 300 orang.
“Daripada jumlah itu, pihak pengurusan masjid turut memperuntukkan sejumlah kuota untuk jemaah tetap yang mendaftar lebih awal,” katanya dalam kenyataan.
Pihak Masjid Putra juga memberitahu masjid itu menerima kehadiran jemaah melebihi kapasiti ditetapkan sejak pukul 11 pagi bagi menunaikan solat Jumaat.
Katanya, pihak masjid sudah memaklumkan dan menasihatkan jemaah secara baik mengenai perkara tersebut.
“Bagaimanapun, pihak pentadbiran masjid akan berusaha sedaya upaya menyediakan perkhidmatan terbaik kepada jemaah yang terdiri daripada pelbagai kedudukan.
Justeru, kualiti pengurusan akan dipertingkatkan demi memastikan para jemaah gembira dan berpuas hati dengan khidmat yang diberi. Sebarang cadangan dan maklum balas bolehlah menghubungi terus pihak Masjid Putra,” katanya.
Semalam, seorang warganet berkongsi rakaman video yang mempertikaikan tindakan pihak Masjid Putra kerana membenarkan individu tertentu masuk menunaikan solat Jumaat ketika orang lain tidak dibenarkan masuk.
Video itu kemudian tular di media sosial yang kemudiannya menerima reaksi pelbagai daripada warganet. FMT
Tiada jemaah dua darjat di Masjid Putra
Baca Artikel Menarik :
- Maut lepas vaksin jarang berlaku, tapi majoriti babitkan penerima Sinovac
- Bukit Aman minta Najib serah dokumen
- Nakal Betul Mata Semua Ya! Ruhainies Ditegur Ketika Menari TikTok, Netizen Yang Segan [VIDEO]
- Resepi Sambal Goreng Tempe Garing
- Half of Sarawak’s Covid-19 deaths involve fully vaccined
- Latheefa Koya wajar disiasat, terlalu banyak kes penganiayaan politik
- Doktor terlampau dicekup polis
- Susu ‘Full Cream’ Atau Susu ‘Low Fat’, Mana Lagi Bagus? – Apa Kata Pakar
- Najib hantar surat tuntutan kepada Muhyiddin
- Mereka memfitnah saya menangkis – Najib
- Apa kelebihan baca ayat “Salaamun Qaulam Mir Rabbir Rahim” 3 kali?
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.