Covid-19 : 19550 kes, Sarawak cipta rekod baharu

Covid-19 : 19550 kes, Sarawak cipta rekod baharu

Terkini. 11 September 2021. Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 19,550 kes.

Kementerian Kesihatan melaporkan 19,550 kes baharu Covid-19, menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 1,960,500 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 3,743 kes.

Ia disusuli Selangor dengan 2,416 kes, Johor (2,282), Sabah (2,163), Pulau Pinang (1,865), Kedah (1,390), Perak (1,354), Kelantan (1,320), Terengganu (953), Pahang (722), Kuala Lumpur (555), Melaka (490), Negeri Sembilan (198), Perlis (73), Putrajaya (24) dan Labuan (2).

Jumlah jangkitan harian di Sarawak hari ini adalah rekod baharu berbanding rekod terdahulu 3,734 kes yang dicatatkan semalam.

Covid-19 : 19550 kes, Sarawak cipta rekod baharu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Koperal cedera parah dilanggar, diseret suspek

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker