Budak 2 Tahun Pesan 31 Burger Keju McD

Budak 2 Tahun Pesan 31 Burger Keju McD

Washington: Akibat tidak ‘mengunci’ telefon pintarnya, seorang ibu di Texas mendapat pengajaran selepas anaknya yang berusia dua tahun secara tidak sengaja memesan 31 burger keju McDonald’s.

CNN melaporkan, Kelsey Golden, yang bekerja dalam pemasaran media untuk sebuah sekolah, sedang menyiapkan buku tahunan sekolah itu, menerusi komputer di rumah.

Dia sedang memindahkan foto dari telefonnya ke komputernya apabila anak lelakinya Barrett yang berusia dua tahun mengambil telefonnya, katanya kepada CNN.

Golden menjelaskan bahawa anaknya menyukai ciri kamera pada telefonnya, namun tidak kali ini.

“Dia suka merenungnya, bukannya bermain permainan atau melakukan aktiviti lain di telefonnya.

Kemudian, Golden menerima pemberitahuan bahawa pesanan daripada DoorDash mengambil masa lebih lama daripada biasa.

Biasanya, dia memesan DoorDash untuk makan tengah hari dua anaknya, namun pada hari itu dia sudah menyiapkan bekal makanan mereka.

Bertambah keliru apabila seorang rakan sekerja memberitahu Golden bahawa anak-anaknya makan bekalan makan tengah hari di sekolah.

“Betul seperti dikatakannya, saya berada di luar bermain dengan Barrett di beranda dan sebuah kereta masuk jadi saya pergi ke sana, dan seorang wanita mengeluarkan beg McDonald’s yang besar dengan 31 burger keju,” katanya

Pada mulanya, Golden berkata, dia menyangka pemandu penghantaran berada di rumah yang salah.

“Kemudian saya sedar bahawa Barrett sedang bermain dengan telefon, saya kembali dan melihat telefon saya dan pesanan dibuat ketika dia sedang bermain dengan telefon saya. Dia benar-benar melakukannya,” katanya.

Pesanan yang tidak disengajakan itu tidak sesuai kerana tiada seorang pun dalam keluarganya menyukai burger keju.

Dia kemudian berkongsi di halaman Facebook yang menawarkan burger keju percuma.

“Ia mendapat sambutan. Seorang wanita datang, dia hamil dan mahu enam burger,” katanya yang memberikan beberapa burger keju kepada jiran.

Dia memberikan tip 25 peratus daripada jumlah AS$91.70 (kira-kira RM400) dan dijemput bertemu dengan kakitangan McDonald’s, di mana anaknya dapat mengambil gambar maskot syarikat, dan menikmati beberapa ketul ayam.

Golden berharap pesanan secara kebetulan anaknya itu “membantu menceriakan hari orang lain”.

“Saya harap ia memberikan sedikit jenaka dalam dunia gelap yang menyedihkan,” katanya.-HM

Budak 2 Tahun Pesan 31 Burger Keju McD

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]

Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker