Najib Razak dibebaskan, terima pengampunan Agong?

Najib Razak dibebaskan, terima pengampunan Agong?

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa mendapat pengampunan oleh Lembaga Pengampunan, semalam.

Walaupun ada satu sumber mengesahkan kepada Utusan Malaysia mengenai perkara itu ketika dihubungi hari ini, namun setakat ini ia masih menjadi tanda tanya kerana belum ada pengumuman rasmi daripada pihak kerajaan.



Terdahulu pagi ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa yang turut berada dalam lembaga itu secara ringkas memaklumkan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan berhubung perkara tersebut oleh Lembaga Pengampunan.

Katanya, mesyuarat itu diadakan di Istana Negara, bagaimanapun tidak memaklumkan bila kenyataan rasmi itu akan dikeluarkan.

Kediaman Najib lengang tanpa penghuni



Semalam, akhbar ini melaporkan Lembaga Pengampunan bermesyuarat semalam dengan dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan difahamkan salah satu agenda mesyuarat adalah mengenai pembebasan Najib.

Bagaimanapun, Zaliha enggan mengulas lanjut mengenai agenda mesyuarat berkenaan memandangkan ia adalah perkara sulit.

Berdasarkan amalan biasa, selepas lembaga bersidang, keputusannya akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Selepas Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pengampunan berkenaan ia kemudiannya akan dimaklumkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan akhir sekali pemakluman itu akan disampaikan kepada pihak penjara.



Najib sebelum ini menghadapi hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta setelah Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman atas kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Bekas Perdana Menteri itu mula menjalani hukuman penjara pada Ogos 2022.

Selain itu, beliau juga sedang dibicarakan untuk pertuduhan lain berkaitan skandal 1MDB.

Media tempatan sebelum ini memetik kenyataan seorang ahli kanan dalaman kalangan orang kepercayaan Najib berkata, terdapat ‘suasana positif’ mengenai petisyen pengampunan itu sekiranya permohonan itu didengar dalam mesyuarat bulan ini.



Bulan lalu, peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, pasukannya akan menulis surat ke Putrajaya untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai permohonan Najib untuk pengampunan diraja, yang difailkan hampir 10 bulan lalu.

Namun, Jurucakap Kerajaan Perpaduan yang juga Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri 10 Januari lalu tidak membincangkan perkaraa yang membabitkan Lembaga Pengampunan termasuk kes bekas Perdana Menteri.

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Senarai 71 aset Daim yang tidak disytihar

Video lucah ‘Dark Side’ Malaysia serendah RM35



Uqasha ditinggalkan sendirian ketika hamil

Gol Faisal Halim dipertimbangkan untuk merebut Anugerah Puskas FIFA

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker