KKM putuskan untuk beri dos penggalak pada kanak-kanak 5 hingga bawah 12 tahun

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pemberian dos penggalak pertama untuk kanak-kanak berusia lima hingga bawah 12 tahun.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira perkembangan semasa penularan varian baharu Covid-19.

“Varian Omicron lebih mudah berjangkit dan merebak dengan lebih cepat selain berisiko menyebabkan lebih banyak kemasukan ke hospital dan kematian.

“Kekebalan sistem imun yang berkurangan dari semasa ke semasa, ditambah dengan pengelakkan imun oleh varian Omicron, akan menyebabkan keberkesanan vaksin juga berkurang.

“Kanak-kanak berumur lima hingga bawah 12 tahun dengan komorbiditi atau imunokompromi (imun yang lemah) adalah kumpulan kanak-kanak yang berisiko mendapat jangkitan Covid-19 yang teruk,” katanya dalam sidang akhbar khas di salah sebuah hotel di sini pada Rabu.

Justeru katanya, pemberian dos penggalak pertama terhadap kumpulan kanak-kanak itu akan dapat meningkatkan keberkesanan vaksin terhadap penyakit teruk yang disebabkan oleh varian Omicron dan boleh diberikan dalam tempoh enam hingga sembilan bulan selepas penerimaan dos vaksin terakhir.

Khairy Jamaluddin dalam masa sama turut menjelaskan, pemberian vaksin Covid-19 kini turut ditawarkan kepada kanak-kanak berumur enam bulan hingga lima tahun dengan komorbiditi atau imunokompromi yang teruk.

Jelasnya, KKM telah memulakan proses perolehan vaksin Covid-19 dengan formulasi khusus untuk kumpulan kanak-kanak ini.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dah bagi Signal Pun Kena Tendang (Video)

Saya tak sekeji dakwaan Puteri Balqis

Ayda Jebat kahwin kerana harta Nabil?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker