Program Jualan Keluarga Malaysia diteruskan hingga awal tahun depan

Program Jualan Keluarga Malaysia diteruskan hingga awal tahun depan

Program Jualan #Keluarga Malaysia yang dianjurkan oleh kerajaan akan diteruskan di semua 222 kawasan Parlimen seluruh negara sehingga awal tahun 2022.

Program tersebut merupakan inisiatif oleh kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) serta Kementerian Kewangan (MOF).



Pengarah KPDNHEP Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, program tersebut mencerminkan keprihatinan kerajaan untuk membantu golongan B40 dan M40 yang terkesan dengan kenaikan harga barangan keperluan sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, harga barangan keperluan asas yang dijual pada program tersebut adalah lebih rendah daripada harga pasaran kerana pembekal mendapat hasil daripada penternak atau pembekal secara terus tanpa melalui orang tengah.

“Jualan kali ini mendapat kerjasama daripada agensi-agensi berkaitan seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

“Antara sebab mengapa barangan di sini dijual pada harga lebih murah berbanding pasaran adalah kerana agensi yang terlibat dalam jualan ini mengambil bahan-bahan tersebut terus dari ladang atau pembekal, dan ia memberi satu kelebihan kepada kami.



“Kita jangkakan ada pembekal lain yang akan terlibat dalam program ini pada masa akan datang, jadi mana-mana pihak yang berminat untuk menyertai program ini boleh menghubungi kami,” katanya ketika ditemui di Program Jualan #Keluarga Malaysia di Dataran 5C, Taman Putra Perdana, di sini pada Sabtu. Sinar

Program Jualan Keluarga Malaysia diteruskan hingga awal tahun depan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki



Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker