Pengedar dadah digari pada motosikal polis

Pengedar dadah digari pada motosikal polis

Tangan seorang pemuda berkulit hitam dipercayai pengedar dadah digari pada bahagian belakang sebuah motosikal polis di Sao Paolo, Brazil baru-baru ini.

Kejadian itu dirakamkan oleh orang awam menerusi kamera yang menunjukkan pemuda berusia 18 tahun tersebut berlari mengikut pergerakan motosikal polis tersebut.

Pemuda itu digari pada motosikal berkenaan selepas kenderaan yang dipandunya terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Pada mulanya, kenderaan tersebut dikejar polis selepas pemuda tersebut masuk ke dalam kenderaannya bersama dengan sebuah beg.

Beg itu dikatakan mengandungi dadah kanabis.

Pemuda itu pula pada awalnya melompat penghadang sebelum dia memasuki kenderaannya.

Semasa polis mengejar kenderaannya, pemuda itu cuba untuk membuang beg sandang tersebut.

Namun, kenderaan yang dipandunya itu pula terbabas.

Dia kemudian melarikan diri dari tempat kejadian tetapi polis kemudian berjaya menangkapnya dan membawanya semula ke tempat kemalangan.

Namun, tindakan menggari tersebut mendapat kecaman daripada sebuah pertubuhan pemantau polis yang mahu kejadian menggari lelaki itu pada motosikal polis itu disiasat. Sinar

Pengedar dadah digari pada motosikal polis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki

Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker