Lelaki ditahan guna lengan palsu cuba elak divaksin

Lelaki ditahan guna lengan palsu cuba elak divaksin

Seorang lelaki Itali yang mahu mendapatkan sijil vaksinasi Covid-19 tanpa perlu disuntik, cuba memperdaya kakitangan kesihatan dengan memasang lengan palsu, kata pegawai pada Jumaat.

Namun, tiada petugas yang terpedaya dengan lengan silikon itu, walaupun warna kulitnya kelihatan realistik dan lelaki berusia 50-an itu dilaporkan kepada polis susulan kejadian di Biella, barat laut Itali pada malam Khamis.

Ketua kerajaan wilayah Piedmont, Albert Cirio dalam kenyataan di Facebook menyifatkan kes itu tidak masuk akal dan tindakan itu “tidak boleh diterima berdasarkan pengorbanan keseluruhan masyarakat kita ketika pandemik, dari segi nyawa manusia, kesan sosial dan ekonomi”.

Kejadian lengan palsu itu menyusul peraturan lebih ketat yang akan dikuatkuasakan Isnin ini kepada individu yang belum mendapatkan vaksin Covid-19.

Sejak Ogos lalu, “Pas hijau” yang merupakan bukti vaksinasi, pemulihan daripada Covid-19 atau ujian saringan negatif dijadikan syarat untuk penduduk Itali makan di dalam restoran, mengunjungi muzium, teater, panggung wayang dan menyertai acara sukan.

Tetapi mulai 6 Dis ini, aktiviti terbabit dihadkan kepada pemegang “Pas hijau super” yang hanya diberikan kepada mereka yang sudah divaksin atau pulih daripada Covid-19.

Pas hijau lama itu dilanjutkan pada Oktober untuk meliputi semua tempat kerja, dan kekal sah bagi tujuan itu. Ini bermakna individu tidak divaksin masih boleh terus bekerja dengan menunjukkan keputusan ujian saringan negatif.

Sekatan terbaru yang menyebabkan bantahan kecil-kecilan diadakan di bandar seluruh Itali hampir setiap hujung minggu – diperkenalkan susulan lonjakan kes Covid-19 dan diburukkan lagi dengan kebimbangan terhadap varian Omicron baru-baru ini.

Itali ialah negara Eropah pertama yang dilanda pandemik itu pada awal 2020, tetapi keadaannya kini jauh lebih baik daripada kebanyakan negara jirannya.

Sebanyak 16,800 kes baharu Covid-19 dan 72 kematian dilaporkan pada Khamis, manakala hampir 85% populasinya yang layak (12 tahun ke atas) sudah divaksin sepenuhnya dan pilihan dos penggalak diperluaskan kepada semua orang dewasa minggu ini. FMT

Lelaki ditahan guna lengan palsu cuba elak divaksin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki

Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker