Parah ditikam rakan ketika mabuk

Parah ditikam rakan ketika mabuk

Seorang lelaki warga Myanmar cedera parah dipercayai ditikam rakannya ketika kedua-duanya bertengkar dalam keadaan mabuk, di sebuah kolam ikan di daerah Manjung, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung Nor Omar Sappi, berkata pihaknya menerima panggilan dari wad kecemasan Hospital Seri Manjung kira-kira 12.50 tengah malam, mengenai seorang lelaki warga Myanmar berumur awal 30-an ditikam di bahagian dada dengan objek tajam.



“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku pada pukul 9.30 malam ketika mangsa dan suspek yang tinggal di sebuah pondok di kawasan kolam ikan itu dikatakan mabuk selepas minum minuman keras.

“Difahamkan, mereka telah bergaduh sebelum suspek bertindak menikam mangsa menggunakan sebilah pisau kecil di bahagian dada sebelah kiri. Punca pergaduhan masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Nor Omar berkata, suspek kemudiannya menghubungi pemilik kolam yang bergegas ke tempat kejadian dan menemui mangsa dalam keadaan berlumuran darah.

“Pemilik kolam kemudian membawa mangsa ke Hospital Seri Manjung bagi mendapatkan rawatan lanjut. Hasil siasatan juga mendapati mangsa bekerja di kolam ikan itu, manakala suspek hanya menumpang tinggal di pondok berkenaan,” katanya.



Nor Omar berkata susulan kejadian itu, pihak polis telah menahan seorang lelaki warga Myanmar berumur 35 tahun kira-kira pukul 2 pagi tadi dan merampas barang kes digunakan dalam kejadian itu.

“Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Seri Manjung untuk permohonan reman yang telah dibenarkan selama tujuh hari bermula hari ini bagi siasatan lanjut,” katanya.

Nor Omar berkata kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dan jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat. FMT

Parah ditikam rakan ketika mabuk




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sekolah tetap dibuka 3 Oktober – Radzi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker