Azalina Mahu Hantar Notis RUU Pemecatan Ahli Parlimen 2021

Azalina Mahu Hantar Notis RUU Pemecatan Ahli Parlimen 2021

Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said berhasrat menghantar suatu notis Usul Rang Undang-Undang (RUU) Pemecatan Ahli Parlimen 2021 kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu berkata, usul tersebut, di bawah Peraturan Mesyuarat 49(1) untuk RUU Ahli yang Bukan Ahli Kerajaan dan diharap menjadi titik permulaan memperkenalkan Pilihanraya Pecat atau “Recall Election” pada sidang September ini.

Di samping itu, katanya, beliau juga berhasrat untuk mencadangkan penubuhan ‘Kaukus Reformasi Parlimen dan Demokrasi Pelbagai Parti’ di antara Ahli-ahli Parlimen yang berminat.

Ia bagi memperkasa institusi Parlimen Malaysia dan memartabatkan Demokrasi Berparlimen di negara ini.

“Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan memberi penghargaan kepada penyelidikan asal yang dilakukan oleh Bersih 2.0 yang telah berjaya memberi pemahaman kepada orang awam tentang mekanisme pemecatan wakil rakyat,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebook hari ini.

Sebelum ini, Azalina mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan pilihan raya bagi memecat wakil rakyat atau Recall Election bagi menghalang mereka yang lompat parti.

Katanya, Recall Election merupakan mekanisme yang membolehkan rakyat menarik balik mandat yang diberikan kepada wakil rakyat sekiranya seseorang itu melompat parti.

Dengan ini, ia membolehkan pilihan raya kecil diadakan semula di kawasan tersebut untuk membolehkan rakyat memilih wakil rakyat yang baharu.

Mengulas lanjut, Azalina berkata setelah 64 tahun negara meraikan Kemerdekaan, kini terdapat gejala berleluasa di mana wakil-wakil rakyat membelakangi mandat yang diberikan bukan sahaja daripada parti politik, tetapi juga kepercayaan rakyat.

“Ramai rakyat mempersoalkan: Apa ertinya mengundi jika wakil rakyat boleh memajak- gadaikan mandat rakyat selepas pilihan raya?

“Pemimpin generasi saya harus menerima persaingan antara parti-parti politik sebagai sesuatu yang positif dan menguntungkan rakyat. Jika persaingan ini berdasarkan peraturan permainan (Rules of the Game) yang munasabah, dan bukan dicetuskan dari perpecahan parti politik yang memudaratkan,” katanya.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu menambah, persaingan politik perlu dimurnikan, iaitu bukan dihapuskan, ditekan, ataupun diisi dengan kebencian serta dihuru-harakan.

Tegasnya, demi kemajuan negara, pemimpin politik generasi beliau dan lebih muda, mesti berani bermuafakat dan berpakat untuk menjadikan politik sebagai sesuatu pilihan kerjaya yang profesional, dihormati dan disegani, bukannya dikeji serta dicaci. T

“Anggapan rakyat terhadap ahli-ahli politik hari ini sangat memalukan dan secara peribadi, saya terkilan dengan keadaan ini.

“Saya amat berbesar hati dengan perbincangan di antara kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama blok pembangkang dan bebas untuk memperkenalkan undang-undang mencegah lompat parti,” katanya.-Awani

Azalina Mahu Hantar Notis RUU Pemecatan Ahli Parlimen 2021


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Exco Pas tidak akan letak jawatan

Bahasa makin tercalar daripada masyarakat awam hingga kelas atasan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker