Tugas berat ‘Ismail Sabri’ pulihkan ekonomi

Di saat seluruh negara berdebar menantikan pengumuman pelantikan kabinet baharu di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, harus diingat cabaran pasukan jemaah menteri PM kesembilan sangat getir dalam membawa negara keluar daripada kemelut politik, kesihatan dan juga ekonomi.

Beberapa penganalisis ekonomi berpendapat terdapat beberapa elemen penting yang perlu diterapkan oleh pucuk kepimpinan negara yang baharu agar Malaysia kembali ‘on track’ dalam memulihkan sektor ekonomi yang lumpuh teruk akibat pandemik Covid-19.

Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Islam, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, perlu ada koordinasi yang baik antara kementerian dan agensi kerajaan terutama daripada sudut bantuan berkaitan ekonomi.



“Kita sedia maklum bahawa kerajaan sebelum ini telah pun melaksanakan pelbagai inisiatif dan langkah bagi membantu golongan terkesan. Justeru, fokus bantuan perlu diselaraskan supaya bakal penerima manfaat atau mereka yang sedang tercari-cari bantuan akan dapat merujuk kepada satu one-stop centre.

“Sebagai contoh, terdapat pelbagai geran yang diberikan oleh agensi-agensi kerajaan. Sekiranya maklumat ini boleh disatukan, ia akan memudahkan rakyat untuk memulakan perniagaan atau memperbaiki serta menaik taraf tahap perniagaan berikutan maklumat yang tersusun dan mudah dicari,” ujarnya kepada Sinar Premium.

Keduanya, perlu ada saluran maklumat yang terus dari wakil rakyat. Setiap wakil rakyat harus menyalurkan respon hasil pertemuan dengan rakyat di kawasan masing-masing secara real-time dan diproses supaya tindakan susulan boleh diambil dalam kadar segera.

“Maklumat ini sebaiknya akan disalurkan kepada kementerian dan agensi kerajaan yang berkaitan. Sekali lagi, ia berkaitan koordinasi dan dengan adanya teknologi maklumat seperti penggunaan aplikasi mudah alih boleh digunapakai bagi memudahkan urusan.



“Kita dapat melihat aplikasi MySejahtera boleh dikatakan berjaya dalam menyumbang maklumat berkenaan Covid-19. Seharusnya aplikasi MySejahtera ini boleh dijadikan suatu model atau template bagi membantu penyaluran maklumat serta menghubungkan agensi kerajaan berkaitan bagi mempercepatkan tindak balas,” katanya lagi.AFZANIZAM

AFZANIZAM

Seterusnya, pakar ekonomi tersebut turut menekankan fokus bantuan harus bersifat lebih kepada memberi pancing daripada memberi ikan.

“Kita telah melihat program seperti I-Tekad yang dilancarkan pada tahun lalu yang mana ia merupakan kerjasama antara Bank Islam, SME Corp dan MAWIP telah berjaya membantu golongan asnaf dan B40 untuk keluar daripada kepompong kemiskinan dan sebahagian daripada mereka telah mula membayar zakat.

“Selain itu, mereka telah pun mula menggajikan pekerja bagi membantu perniagaan mereka. Justeru, bantuan seperti pemberian pancing ternyata lebih baik dalam meningkatkan taraf kehidupan masyarakat berpendapatan rendah,” jelasnya.



Dalam pada itu, perlu ada elemen berterus terang dalam usaha kerajaan memperbaiki kedudukan kewangan. Perkara ini perlu dikongsi bersama rakyat kerana akan ada masanya nanti kerajaan terpaksa menyemak semula cukai sedia ada bagi menambahkan kutipan hasil.

“Dasar kerajaan yang bakal menyaksikan pengenalan cukai baharu sememangnya tidak popular dan boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat. Oleh itu, perkara ini perlu dibincangkan dan dikongsi,” katanya lagi.

Tambah beliau, isu-isu berkaitan rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya perlu dibanteras bagi memberi keyakinan bahawa setiap sen wang yang diperoleh dan dibelanjakan adalah telus dan dibelanjakan ke arah perkara yang memanfaatkan rakyat.

Akhir sekali, menurut Mohd Afzanizam, silibus pendidikan perlu disemak semula bagi menyesuaikan keperluan semasa terutamanya dalam keadaan pembelajaran secara maya.



“Silibus sedia ada mungkin perlu disemak semula supaya dapat menarik minat para pelajar terutamanya bagi subjek seperti matematik dan sains. Kita seharusnya berusaha utk menghasilkan pelajar yang boleh berfikir secara kreatif dan inovatif kerana mereka inilah yang akan mewarisi tampuk pimpinan negara.

“Buat masa ini, subjek yang diajar adalah begitu berat terutamanya bagi pelajar di sekolah rendah. Oleh itu, perkara ini perlu dilihat semula kerana situasi keciciran pelajaran ketika waktu pendemik Covid-19 ini boleh memberi kesan jangka panjang kepada sumber tenaga buruh, bakal usahawan serta kepimpinan yang akan kita hasilkan pada masa akan datang,” katanya.


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Anwar sokong selagi program PM pro kepada rakyat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker