Hargai jasa dan pengorbanan warga pendidik – Ismail

Hargai jasa dan pengorbanan warga pendidik – Ismail

Sambutan Hari Guru pada tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan hari penuh bermakna buat warga pendidik terhadap jasa dan pengorbanan mereka di dalam mendidik anak bangsa Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, justeru beliau mengharapkan semua guru akan terus berbakti dan melaksanakan amanah diberikan demi kejayaan anak-anak Keluarga Malaysia ini.

Katanya, tema sambutan Hari Guru tahun ini iaitu ‘Guru Tunjang Sekolah Sejahtera’ adalah bertepatan dengan komitmen warga pendidik untuk sentiasa memberikan terbaik dalam melahirkan pewaris generasi masa depan negara.

“Guru umpama pelita yang menerangi kehidupan sepanjang hayat. Onak dan ranjau tetap ditempuhi dengan tenang.

“Saya berharap para pendidik akan terus berbakti dan melaksanakan amanah yang diberikan untuk anak-anak Keluarga Malaysia kita. Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua insan yang bergelar guru. Jangan pernah lelah menjadi pelita bagi Keluarga Malaysia,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru di Malaysia sebagai penghargaan kepada guru yang bertungkus-lumus mendidik anak bangsa ke arah kejayaan masing-masing.

Sehubungan itu, bagi menggambarkan pengiktirafan kepada jasa guru, tarikh 16 Mei setiap tahun, Kementerian Pendidikan akan menganjurkan sambutan Hari Guru dengan melengkapkan pelbagai program menjurus kepada penghargaan kepada guru dengan tema tertentu.

Pada tahun ini, tema Guru Tunjang Sekolah Sejahtera dipilih sebagai tema sambutan Hari Guru 2022. Utusan

Hargai jasa dan pengorbanan warga pendidik – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker