Tolak polis sampai terjatuh ketika ditahan


Tolak polis sampai terjatuh ketika ditahan

Sudahlah langgar lampu merah, lepas itu tolak pula polis sampai terjatuh

TIGA lelaki ditahan kerana menggunakan kekeran dan menghalang polis daripada melakukan tugas di Jalan Merdeka, Ampang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam semalam.

“Ketika menjalankan tugas rondaan jenayah, polis telah ternampak sebuah kereta jenis Honda yang dinaiki seorang lelaki melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat merah.

“Lelaki berkenaan kemudian ditahan dan ketika proses mengeluarkan saman, suspek telah bertindak menengking dan mempersoalkan tindakan polis,” katanya.

Menurut Mohamad Farouk, beberapa minit kemudian, datang dua lelaki yang merupakan abang kandung suspek.

Ujarnya, seorang daripada abang suspek telah membuat kecoh dengan menjerit ke arah polis dan mempersoalkan tindakan pengadu memeriksa suspek.

“Suspek juga turut mengambil rakaman gambar dan video semasa kejadian.

“Polis kemudian telah mengarahkan kesemua suspek untuk ke balai sebelum secara tiba-tiba seorang daripada anggota polis telah ditahan dan ditolak sehingga terjatuh,” katanya.

Jelasnya, ekoran itu, pihaknya telah membuat tangkapan terhadap tiga suspek berkenaan yang berusia lingkungan 28 hingga 42 tahun dan bekerja sebagai mekanik.

Tambahnya, kesemua suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga 25 Jun depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 353 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan. SM

Tolak polis sampai terjatuh ketika ditahan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Guna pisau ugut ibu kandung, lelaki dipenjara 7 bulan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker