Hina Raja-Raja Melayu Warganet dibebaskan 6 petang hari ini

 

Hina Raja-Raja Melayu Warganet dibebaskan 6 petang hari ini. Warganet Muhammad Aiman Hakim Zainal Ariffin yang ditahan semalam kerana disyaki individu di sebalik catatan yang menghina Raja-raja Melayu di Twitter akan dibebaskan daripada tahanan reman petang ini.

Peguamnya, Rajsurian Pillai berkata, hakim hanya membenarkan reman satu hari walaupun polis meminta empat hari.

Prosiding dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.



“Aiman Hakim akan dibebaskan hari ini sebelum 6 petang,” kata Rajsurian kepada wartawan.

Aiman, 27, ditahan pada 1 tengah hari semalam selepas hadir di IPD Dang Wangi bersama peguamnya untuk diambil keterangan.

Rajsurian berkata, telefon anak guamnya dirampas bagi tujuan “analisis forensik” untuk menentukan siapa sebenarnya di sebalik catatan di Twitter itu dan bila ia dihantar.

“Nama pengguna dan kata laluan Twitternya juga diberikan kepada pegawai penyiasat untuk diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi siasatan lanjut.”



Tambahnya, kes itu disiasat bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang berkaitan dengan penggunaan kemudahan rangkaian yang tidak wajar dan Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

Hina Raja-Raja Melayu Warganet dibebaskan 6 petang hari ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


UMNO Tidak Perlukan Anwar



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker