UMNO harap pengusaha kantin sekolah dibantu segera

Sebaran :

UMNO harap KPM bantu pengusaha kantin sekolah
Kementerian Pendidikan (KPM) diharap dapat mengecualikan semua sewa premis kantin sekolah sehingga sektor persekolahan benar-benar pulih.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata lebih 10,000 pengusaha kantin sekolah di seluruh negara terjejas dan menerima kesan ketara dengan penutupan sekolah angkara pandemik COVID-19.

Katanya, kontrak pengendali kantin sekolah juga wajar dilanjutkan dua tahun bagi menampung kehilangan pendapatan selama hampir dua tahun akibat penutupan sektor persekolahan.

“Pada saat begini, apa juga tindakan yang dapat mengurangkan beban rakyat mesti menjadi keutamaan tertinggi kerajaan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau, mengalu-alukan langkah kerajaan membenarkan kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas untuk divaksinasi termasuk kalangan pelajar yang akan menduduki peperiksaan.

Beliau berkata, langkah itu akan dapat mempercepatkan pembukaan sektor persekolahan, sekali gus memulihkan sistem pengajaran dan pembelajaran (PdP).

“Sektor persekolahan akan terus ditutup sehinggalah fasa pemulihan daripada pandemik ini bermula.

“Justeru, keputusan kerajaan membenarkan kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas dan memberi keutamaan kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan divaksinasi sangat tepat dalam usaha memulihkan sesi PdP,” katanya.

Dalam laporan media sebelum ini, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin menjelaskan bahawa vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech yang diluluskan kerajaan untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas, dijangka diterima calon peperiksaan pada pertengahan bulan depan untuk dos pertama.

Kenyataan Khairy menjadi khabar gembira khususnya kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 untuk mengikuti sesi pembelajaran di sekolah sehingga menjelangnya tarikh peperiksaan.

UMNO harap KPM bantu pengusaha kantin sekolah

Kementerian Pendidikan diharap dapat mengecualikan semua sewa premis kantin sekolah sehingga sektor persekolahan benar-benar pulih. Foto hiasan

SEREMBAN: Kementerian Pendidikan (KPM) diharap dapat mengecualikan semua sewa premis kantin sekolah sehingga sektor persekolahan benar-benar pulih.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata lebih 10,000 pengusaha kantin sekolah di seluruh negara terjejas dan menerima kesan ketara dengan penutupan sekolah angkara pandemik COVID-19.

Katanya, kontrak pengendali kantin sekolah juga wajar dilanjutkan dua tahun bagi menampung kehilangan pendapatan selama hampir dua tahun akibat penutupan sektor persekolahan.

“Pada saat begini, apa juga tindakan yang dapat mengurangkan beban rakyat mesti menjadi keutamaan tertinggi kerajaan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau, mengalu-alukan langkah kerajaan membenarkan kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas untuk divaksinasi termasuk kalangan pelajar yang akan menduduki peperiksaan.

Beliau berkata, langkah itu akan dapat mempercepatkan pembukaan sektor persekolahan, sekali gus memulihkan sistem pengajaran dan pembelajaran (PdP).

“Sektor persekolahan akan terus ditutup sehinggalah fasa pemulihan daripada pandemik ini bermula.

“Justeru, keputusan kerajaan membenarkan kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas dan memberi keutamaan kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan divaksinasi sangat tepat dalam usaha memulihkan sesi PdP,” katanya.

Dalam laporan media sebelum ini, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin menjelaskan bahawa vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech yang diluluskan kerajaan untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas, dijangka diterima calon peperiksaan pada pertengahan bulan depan untuk dos pertama.

Kenyataan Khairy menjadi khabar gembira khususnya kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 untuk mengikuti sesi pembelajaran di sekolah sehingga menjelangnya tarikh peperiksaan. BH

UMNO harap pengusaha kantin sekolah dibantu segera

Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Tolak polis sampai terjatuh ketika ditahan

Sebaran :

Leave a Reply