Kes tetak kerana murai: Dua lelaki kehendaki polis

Kes tetak kerana murai: Dua lelaki kehendaki polis

Polis Kelantan sedang mengesan dua lelaki yang disyaki suspek kes tetak yang mengakibatkan seorang lelaki cedera parah dalam kejadian di Kampung Pauh Jabit, Bachok, semalam.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, kedua-dua suspek tersebut adalah individu yang dikenali mangsa yang kini masih bebas bersama seorang lagi suspek yang tidak dikenali.

“Kita sudah ke rumah suspek tetapi mereka didapati telah melarikan diri.

“Sehubungan itu pihak polis menyiarkan gambar dua suspek yang dikenali ini sebagai orang yang dikehendaki (wanted person),” katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Terdahulu mangsa Mohd Roslaidi Arifin, 42, putus ibu jari sebelah kanan, luka di bahagian atas kepala, betis kanan dan lutut kiri akibat ditetak dengan senjata tajam.

Kejadian berpunca disebabkan mangsa ingin mencari seorang lelaki untuk berbincang mengenai kecurian burung Murai Cerek peliharaanya yang disyaki dicuri dua hari lalu.

Mangsa dilaporkan pergi ke lokasi kejadian iaitu rumah seorang daripada tiga lelaki itu kerana mendapati lelaki yang ingin dicarinya sering melepak di situ, namun lelaki itu tiada ketika kejadian dan bertindak menggari seorang suspek.

Sementara itu Mohamad Ismail berkata suspek pertama yang dikehendaki polis bernama Mohamad Fairu Azizi Nawi atau dikenali sebagai Jiji yang berusia 35 tahun serta mempunyai rekod kesalahan lampau membabitkan kes dadah.

Katanya, suspek kedua pula bernama Muhammad Azmi Abdul Aziz atau dikenali sebagai Jimi yang berusia 36 tahun juga mempunyai rekod lampau kes dadah.

“Sehubungan itu pihak polis meminta kerjasama orang awam yang mengetahui keberadaan suspek untuk tampil menyalurkan maklumat,” katanya.

Kes tetak kerana murai: Dua lelaki kehendaki polis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nora Danish dihentam netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker