Ku Li gesa undi percaya terhadap Perdana Menteri diadakan segera

Ku Li gesa undi percaya terhadap Perdana Menteri diadakan segera. Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menggesa undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diadakan segera di Parlimen.

Memetik laporan Astro Awani, undi percaya itu perlu dilakukan untuk memastikan keabsahan sekali gus membolehkan Perdana Menteri menerajui negara tanpa sebarang gangguan oleh mana-mana pihak.

Malah tegas beliau, sekalipun Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia sudah dilakukan Ismail Sabri pada Sabtu lalu, namun, perkenan Yang di-Pertuan Agong itu hanyalah untuk satu ketika.



“Sekiranya pengundian berlaku, (undi) percaya atau tidak percaya dua hingga tiga minggu selepas angkat sumpah dalam keadaan di mana sokongan kepada Perdana Menteri dan kerajaan sudah berubah dan telah mengalami kekalahan, jelas sekali Perdana Menteri dan Kabinet mesti berundur kerana sudah ditolak oleh Dewan Rakyat,” kata Tengku Razaleigh pada Astro Awani.

Ismail Sabri, 61, dilantik sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 40(2) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang meletak jawatan pada 16 Ogos lalu selepas kehilangan majoriti sokongan ahli-ahli Dewan Rakyat.

Ku Li gesa undi percaya terhadap Perdana Menteri diadakan segera


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


MKT berpesan jangan berebut jawatan



Tawaran kerjasama dengan pembangkang untuk kestabilan politik



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker