Padang Stadium Nasional terkopak teruk, TMJ sudah nasihat lebih awal sebelum ini

KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menawarkan Stadium Sultan Ibrahim (SSI) kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk digunakan bagi aksi Harimau Malaya.

Tawaran itu dibuat TMJ yang juga pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas padang baharu di Stadium Nasional, Bukit Jalil rosak ketika aksi sulung Pestabola Merdeka 2023 antara Malaysia dan India, malam tadi.

Kerosakan padang di Stadium Nasional didakwa berlaku kerana keadaan rumput baharu jenis Zeon Zoysia masih belum matang sepenuhnya, sekali gus dianggap belum bersedia untuk diadakan perlawanan.

Malah, TMJ menjelaskan beliau sudah suarakan bahawa padang di gelanggang keramat Harimau Malaya itu perlu lebih masa kerana akar rumput yang baru ditanam masih belum kuat.”Semasa majlis penyerahan padang (kelmarin), saya cakap kepada semua yang padang ini (di Stadium Nasional) perlu lebih masa kerana akarnya belum kuat.

“Saya juga sampaikan kepada semua yang berada di situ bahawa padang terbabit akan terkopak semasa perlawanan.

“Ini bukti produk. Sudah terbukti. Tetapi kena jaga betul-betul. Tiada beza, rumput sama, kontraktor sama. Bezanya di SNBJ (Stadium Nasional) tak ada TMJ di situ, itu sahaja.

“Persatuan Bolasepak Malaysia, kalau nak pakai SSI cakap, saya siapkan,” kata TMJ di laman Facebook miliknya selain turut memuat naik gambar padang SSI.

Kualiti padang di Stadium Nasional yang baru selesai dinaik taraf mendapat kritikan hebat daripada banyak pihak susulan rumput di gelanggang rasmi Harimau Malaya itu tercabut di beberapa bahagian padang ketika aksi Malaysia menetang India.

Aksi Malaysia berdepan India itu adalah perlawanan pertama yang berlangsung di Stadium Nasional selepas ditutup sejak tahun lalu bagi kerja naik taraf.

Kerosakan yang berlaku hanya selepas beberapa minit perlawanan berlangsung itu turut merosakkan ‘mood’ semua pihak yang teruja dengan keadaan padang di Stadium Nasional dengan ia dilihat ‘cantik’ sebelum perlawanan.

Stadium berkenaan sekali lagi akan digunakan bagi aksi final Pestabola Merdeka 2023 membabitkan Malaysia dan Tajikistan, Selasa ini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit

Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker