Cabaran laluan berliku Pak Long

Cabaran laluan berliku Pak Long

KERAJAAN pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu melaksanakan dasar yang mampu memenuhi tuntutan rakyat dan pembangkang dengan strategi yang lebih inklusif.

Penganalisis Politik daripada Universiti Malaya, Profesor Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, pentadbiran beliau perlu melangkaui tuntutan mereka dengan memberi impak besar meskipun Ismail Sabri mungkin berada dalam tempoh pentadbiran paling singkat dalam sejarah negara.

Sehubungan itu katanya, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah pelantikan kabinet yang lebih kecil iaitu ahli-ahli kabinet yang dilantik bukan kerana terhutang budi setelah mendapat sokongan.

“Cita rasa, wajah dan hala tuju Ismail Sabri hanya dapat ditafsirkan apabila kita melihat bagaimana rupa bentuk kabinet beliau. Adakah dikecilkan seperti yang dikritik rakyat bagi mengelakkan pembaziran?

“Pada hemat saya, Ismail Sabri wajar kecilkan kabinet dengan melantik ahli-ahli yang lebih efisien, lebih berprestasi tinggi, bukan liabiliti dan bukan kabinet terhutang budi.

“Beliau perlu berkhidmat untuk negara dan melangkaui kepentingan individu serta parti,”

Kerajaan juga kata beliau, perlu melaksanakan strategi yang lebih efisien dalam menangani pandemik Covid-19 agar kes boleh turun sehingga 3,000 menjelang hujung tahun ini (harapan rakyat).

“Bukan mengharap pada vaksin, bukan juga dengan teori lockdown. Tindakan ke atas pelanggaran SOP (prosedur operasi standard) juga perlu lebih adil,” ujarnya.

Demi kestabilan negara Mengulas lanjut, Awang Azman menyenaraikan beberapa lagi saranan yang perlu dilakukan kerajaan yang belum dinamakan itu bagi memastikan negara lebih stabil.

Antaranya, kerajaan baharu harus memastikan Belanjawan 2022 yang bakal dibentangkan adalah jauh lebih baik daripada yang pernah dikemukakan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

Jelas beliau, dalam belanjawan tersebut, sepuluh tuntutan rakyat bagi menambah baik bantuan rakyat yang dibawa oleh UMNO wajar dijadikan asas, namun kerajaan juga perlu sedia mempertimbangkan perlaksanaan yang melangkaui tuntutan tersebut.

“Pada masa sama, kerajaan pimpinan Ismail Sabri perlu meletakkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah Parlimen serta tidak ada campur tangan politik dalam ketiga-tiga institusi tersebut untuk mengelakkan ia dimanipulasi.

“Kerajaan juga boleh mengumumkan segera langkah yang pernah dibuat oleh PH ketika mentadbir dulu yang gagal dilaksanakan PN, namun pelaksanaannya hanya ditawarkan setelah PN kehilangan majoriti.

“Beri peruntukan tahunan yang sama rata tanpa mengira parti; mempercepat urusan Undi18; mengehadkan jawatan Perdana Menteri hanya untuk dua penggal dan mewujudkan undang-undang anti lompat parti,” katanya.

Kerajaan juga jelas beliau, mesti menggariskan dasar-dasar bagi pemulihan ekonomi, menarik pelabur asing, menurunkan kadar pengangguran, meningkatkan pertumbuhan ekonomi, menangani isu kos sara hidup yang tinggi dan menangani isu sosial iaitu pastikan kadar kejadian bunuh diri kerana terkesan dengan Covid-19 tidak terus meningkat.

“Saya kira jika Ismail Sabri berani dan berjaya melaksanakan dasar-dasar yang saya senaraikan ini, beliau akan disanjung sebagai Perdana Menteri yang memberikan kesan besar kepada negara dan akan dikenang sebagai reformis.

“Sebarang tindakan beliau juga akan mencerminkan kesan kepada UMNO sebagai parti yang berpengalaman memerintah lebih 60 tahun.

“Jika dasar-dasar beliau gagal, atau tidak ada yang baharu dan tidak mendapat sambutan rakyat dan situasi masih sama, UMNO akan terus jatuh,” kata beliau.

Cabaran laluan berliku Pak Long


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kerajaan baharu bukan kerajaan PN, pemimpin Umno bidas Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker