Sekatan kerajaan pada Buku Gay is OK! dibatalkan oleh mahkamah

Buku Gay OK! A Christian Perspective kini boleh dijual dan diedarkan di Malaysia.

Ia susulan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang membenarkan cabaran undang-undang terhadap perintah larangan kerajaan ke atas buku itu.

Peguam Michael Cheah mengesahkan bahawa Hakim Noorin Badaruddin membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh dua anak guamnya – pengarang buku itu, Ngeo Boon Lin serta penerbit Gerakbudaya Enterprise.

“Mahkamah membenarkan semakan kehakiman untuk membatalkan perintah larangan ke atas buku Gay is OK!

“Mahkamah juga memerintahkan responden (Menteri Dalam Negeri dan kerajaan) membayar kos sebanyak RM5,000.

“Dengan perintah hari ini, buku itu secara teknikal boleh dijual semula (di pasaran Malaysia),” kata peguam itu kepada Malaysiakini.

Hari ini ditetapkan untuk keputusan permohonan semakan kehakiman.

Pada 17 Feb tahun lalu, pengarang dan penerbit buku itu memfailkan permohonan semakan kehakiman, atas alasan perintah larangan berkenaan adalah tidak rasional kerana tiada kejadian tidak diingini tercetus berikutan penerbitan buku itu lapan tahun lalu.

Pada 18 Dis 2020, Bernama melaporkan bahawa Kementerian Dalam Negeri mewartakan perintah larangan berkuat kuasa 27 Nov 2020 ke atas dua penerbitan, antaranya ialah buku Gay is OK! A Christian Perspective mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Ketua Setiausaha KDN Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata Perintah Larangan itu dikeluarkan kerana terdapat kandungan buku tersebut mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kemoralan dan kepentingan awam.

Bagaimanapun, dalam afidavit yang difailkan pada 27 Mei tahun lepas, Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin berhujah walaupun tiada kejadian tidak diingini berlaku sepanjang tempoh lapan tahun sejak buku itu diterbitkan, buku berkenaan masih dianggap sebagai promosi homoseksual, yang masih boleh menjejaskan orang ramai.

Sekatan kerajaan pada Buku Gay is OK! dibatalkan oleh mahkamah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah Kampung di Bota berusia lebih 100 tahun dialih ke Alor Setar

Pesawat MAS Mendarat Sewaktu Taufan Eunice Melanda UK (Video)

Ogy belasah Nazief, viral sehingga ke Rusia (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker