Rudiger tutup buku bersama Jerman

Rudiger tutup buku bersama Jerman

Rudiger tutup buku bersama Jerman
RUDIGER mewakili Jerman selama 12 tahun. FOTO AFP

Berlin: Antonio Rudiger mengumumkan persaraan daripada pentas antarabangsa selepas 12 tahun mewakili Jerman, dengan pertahanan berusia 33 tahun itu mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada karier kelab.

Rudiger membuat penampilan sulung bersama skuad senior Jerman pada 2014 dan mengumpul 86 kaps, selain menjadi tonggak pertahanan pasukan dalam tiga edisi Piala Dunia serta beberapa kejohanan Eropah.

“Selepas mengambil masa untuk membuat pertimbangan, sudah tiba masanya untuk saya menamatkan karier bersama pasukan kebangsaan dan memberi laluan kepada generasi lebih muda,” kata Rudiger menerusi Instagram.

Walaupun Jerman gagal memenangi sebarang trofi utama dalam kejohanan besar kebelakangan ini, bekas pertahanan Chelsea itu menyifatkan pengalamannya bersama skuad kebangsaan sebagai satu babak yang amat bermakna.

“Walaupun kami tidak memenangi gelaran utama dalam kejohanan kebelakangan ini dan terpaksa melalui beberapa kekalahan yang menyakitkan, tempoh ini tetap menjadi babak yang sangat istimewa buat saya dan akan membentuk diri saya selama-lamanya,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

SPU Terus Lahirkan Generasi Pemimpin Berilmu, Berprinsip


Rudiger bukan sebahagian daripada skuad Jerman yang menjuarai Piala Dunia 2014.

Jerman kemudiannya tersingkir di peringkat kumpulan pada Piala Dunia 2018 dan 2022 sebelum perjalanan mereka pada edisi 2026 berakhir selepas tewas kepada Paraguay pada pusingan 32 terbaik.

Perlawanan itu menjadi penampilan terakhir Rüdiger bersama Jerman.

Dilahirkan di Berlin, Rudiger memulakan perkembangan bola sepaknya dalam sistem pemain muda Borussia Dortmund dan Stuttgart sebelum meneruskan karier profesional bersama Roma, Chelsea dan Real Madrid.

Dia membantu Chelsea menjuarai Liga Juara-Juara pada 2021 sebelum berpindah ke Real Madrid pada 2022.

Bersama gergasi Sepanyol itu, Rudiger menambah koleksi trofi dengan memenangi LaLiga dan Liga Juara-Juara pada 2024.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hari Kebangsaan: Kenang Sejarah, Hargai Pengorbanan

“Babak baharu kini bermula buat saya, di mana saya akan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kelab,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perarakan Bot Nelayan… Lautan Patriotik Satukan Rakyat


 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker