KRW FC ikat Kuching City tanpa jaringan di Kota Bharu

KRW FC ikat Kuching City tanpa jaringan di Kota Bharu

KRW FC ikat Kuching City tanpa jaringan di Kota Bharu
PEMAIN pertahanan KRW FC, Abdul Latif Suhaimi (kiri) diasak penyerang Kuching City FC, Ronald Ngah Wanja pada perlawanan pertama pusingan 16 terbaik Piala FA 2026/2027 di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Kota Bharu: Kelantan Red Warrior (KRW) FC mengikat Kuching City FC 0-0 dalam perlawanan pertama pusingan 16 terbaik Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam ini.

Keputusan itu agak mengejutkan selepas KRW tewas 0-5 di tangan Kuching City pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Ahad lalu.

Di awal permainan, KRW dilihat lebih memberikan tekanan dan Emmanuel Mbarga hampir meletakkan skuad Irfan Bakti Abu Salim di depan pada minit ke-16 namun sepakan lemah terus ke dakapan penjaga gol pelawat, Mohd Shahril Saari.

Berselang tiga minit, Mbarga membuat umpanan cantik, namun disia-siakan Mohd Faiz Mohd Nasir yang menolak bola keluar ketika berhadapan satu lawan satu dengan penjaga gol Kuching City.

Kedua-dua pasukan buntu ke bilik persalinan dengan keputusan seri tanpa jaringan, namun KRW mencipta rekod baharu dengan tidak bolos sehingga tamat babak pertama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perarakan Bot Nelayan… Lautan Patriotik Satukan Rakyat


Memasuki babak kedua, Kuching City yang dibimbing Aidil Sharin Sahak memperolehi peluang pada minit ke-67, namun sepakan Filemon Anyie Standly mudah dibaca penjaga gol KRW, Wan Muhammad Harif Wan Muhd Hazli.

Keputusan seri itu cukup melegakan anak buah Irfan Bakti selepas mereka dibolosi 18 gol dan hanya mencipta satu gol dalam tiga aksi awal Liga Super setakat ini.

KRW FC ikat Kuching City tanpa jaringan di Kota Bharu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hari Kebangsaan: Kenang Sejarah, Hargai Pengorbanan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker