Man City setuju beli Fernandez RM682.6 juta

Man City setuju beli Fernandez RM682.6 juta

Man City setuju beli Fernandez RM682.6 juta
FERNANDEZ hampir pasti sertai Manchester City. FOTO REUTERS

London: Manchester City dilaporkan sudah mencapai persetujuan untuk mendapatkan pemain tengah Chelsea, Enzo Fernandez dengan nilai perpindahan £125 juta (RM682.6 juta), yang menyamai rekod perpindahan tertinggi Britain.

City sudah memburu Fernandez sejak beberapa bulan lalu dan pemain antarabangsa Argentina itu kini semakin hampir menyertai kelab berkenaan pada hari terakhir jendela perpindahan.

Perpindahan Fernandez ke Etihad Stadium akan menyamai yuran £125 juta yang dibayar Liverpool kepada Newcastle untuk mendapatkan penyerang Sweden, Alexander Isak tahun lalu.

Enzo Maresca pernah bekerjasama dengan Fernandez di Chelsea sebelum meninggalkan Stamford Bridge pada Januari dan dilantik mengendalikan City pada awal musim ini.

Maresca mahu mendapatkan Fernandez selepas juara Piala Dunia, Rodri, berpindah ke Barcelona baru-baru ini, selain kehilangan beberapa pemain tengah lain termasuk Bernardo Silva, Nico Gonzalez dan Tijjani Reijnders.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perarakan Bot Nelayan… Lautan Patriotik Satukan Rakyat


Fernandez, 25, dijangka bergandingan dengan pemain tengah England, Elliot Anderson dan pemain Morocco, Ayyoub Bouaddi dalam barisan tengah baharu City.

Anderson menyertai City dengan nilai £116 juta (RM633.4 juta) dari Nottingham Forest, manakala Bouaddi pula bernilai £86 juta (RM469.6 juta), sekali gus menjadikannya pemain remaja termahal dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pengurus Chelsea, Xabi Alonso, tidak menyenaraikan Fernandez dalam skuad bagi dua perlawanan terakhir ketika spekulasi mengenai perpindahannya ke City semakin hangat.

Fernandez yang menyertai Chelsea dari Benfica dengan nilai £106 juta (RM578.8 juta) pada 2023, mencetuskan kemarahan kelab itu musim lalu selepas menyatakan minat untuk menyertai Real Madrid dan kemudian digugurkan daripada skuad bagi dua perlawanan.

Man City setuju beli Fernandez RM682.6 juta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hari Kebangsaan: Kenang Sejarah, Hargai Pengorbanan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker