Penyelia, sembilan pekerja pakai gelang pink ditahan

Penyelia, sembilan pekerja pakai gelang pink ditahan

KAMPAR: Seorang penyelia bersama sembilan pekerja sebuah premis pembekal dan pembungkusan ditahan ketika sedang bekerja selepas didapati memakai gelang kuarantin merah jambu pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, tangkapan dibuat selepas sepasukan pegawai dan anggota Task Force Ops Patuh Ibu Pejabat Polis (IPD) Kampar melakukan pemeriksaan di sebuah premis di Jalan Teknologi 3, Kawasan Perindustrian Gopeng 2, di sini, kira-kira jam 12.30 tengah hari.



Menurutnya, pemeriksaan lanjut terhadap kesemua mereka mendapati penyelia kedai berusia 32 merupakan warga tempatan bersama sembilan pekerja warga asing berusia dalam lingkungan 25 hingga 40 tahun itu masih dalam tempoh kuarantin bermula 18 hingga 27 Ogos.

“Hasil siasatan juga mendapati penyelia premis tersebut telah mengarahkan sembilan pekerja terbabit yang tinggal di aras dua supaya datang bekerja pada pada jam 8 pagi di tingkat bawah premis berkenaan.

“Tangkapan dibuat terhadap penyelia premis bersama kesemua pekerja tersebut kerana telah melakukan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pelan Pemulihan Negara Fasa 2,” katanya menerusi satu kenyataan akhbar pada Ahad.

Menurutnya, perintah kuarantin dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kampar dan kesemua mereka dipakaikan gelang kuarantin pada pada 20 Ogos lalu.

Jelas Hasron, kes disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa.



Katanya, perbuatan itu juga turut disiasat di bawah Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

Tambah beliau, kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.-SH

Penyelia, sembilan pekerja pakai gelang pink ditahan


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Netizen kecam pegawai Rela kasar di PPV



Kamu Semua Lakukan Penggubahan Wang Haram, Najib Yang Disalahkan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker