Remaja diseksa dan dipaksa berbogel

Remaja diseksa dan dipaksa berbogel

MELAKA: Dipaksa berbogel sebelum dirakam gambar serta dibelasah dengan kayu dan tali, manakala barang peribadi disamun.

Itu pengalaman ngeri dilalui remaja lelaki berusia 15 tahun apabila mahu berhenti bekerja sebagai operator sindiket penipuan dalam talian, akhir bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata dalam laporannya, mangsa mendakwa bukan saja dicederakan, malah dirinya diaibkan serta diperas ugut oleh majikan kerana mahu berhenti bekerja dengan sindiket.

Katanya, kejadian itu didakwa berlaku di sebuah kondominium, di sini, pada kira-kira jam 8 malam, 28 Mei lalu.

“Mangsa membuat laporan di Balai Polis Batang Tiga dan hasil siasatan, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah berjaya menahan empat lelaki dan seorang wanita, berusia 15 hingga 23 tahun.

“Mereka ditahan di sebuah rumah di Taman Jati, Hang Tuah Jaya, di sini, pada 31 Mei lalu, kira-kira jam 3.45 petang. Menerusi serbuan itu, polis turut merampas barang kes iaitu barang disyaki milik mangsa dan senjata disyaki diguna untuk mencederakan mangsa.

“Siasatan lanjut mendapati kumpulan suspek ini menjalankan aktiviti penipuan dalam talian pinjaman wang tidak wujud sejak tahun lalu dengan menyasarkan individu mempunyai akaun media sosial di serata dunia, khususnya warga Malaysia.

“Mereka menyasarkan jumlah kutipan minimum sehingga RM20,000 sehari dengan menggunakan apa jua kaedah aplikasi komunikasi telefon seperti WhatsApp dan Telegram,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, lima individu terbabit disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu mencederakan mangsa dalam tindakan samun yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Susulan penahanan lima individu terbabit, katanya, satu operasi dilancarkan polis dan berjaya menahan lagi 11 individu berusia 18 hingga 22 tahun disyaki menjalankan jenayah sama, beroperasi di sebuah kawasan perumahan mewah di Taman Cheng Perdana.

Katanya, seorang lelaki berusia 25 tahun disyaki dalang kegiatan penipuan berkenaan turut diberkas kerana cuba merasuah pegawai kanan polis sebanyak RM60,000 bagi melepaskan semua 11 individu terbabit.

“Semua 11 individu itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menipu bagi memperoleh harta orang lain dan boleh dihukum penjara maksimum sehingga 10 tahun serta sebat dan denda jika sabit kesalahan.

“Lelaki yang cuba memberi suapan kepada polis pula disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” katanya.

Beliau berkata, dalam tempoh tahun lalu hingga pertengahan 2023, sebanyak 208 laporan polis dibuat ke atas nama-nama syarikat yang disyaki digunakan sindiket terbabit untuk memperdayakan mangsa yang ingin membuat pinjaman wang.

Katanya, majoriti mangsa terdiri warga tempatan berumur lingkungan 20 sehingga 55 tahun.

“Polis menasihatkan orang awam tidak sewenangwenangnya memberikan butiran peribadi kepada individu tidak dikenali. Selain itu, buat kajian dahulu terhadap syarikat pemberi pinjaman wang sebelum berurusan dan peka dengan isu semasa bagi mengelak menjadi mangsa.

“Orang ramai juga diharap bekerjasama dalam menyalurkan maklumat sekiranya terkesan dengan sebarang kegiatan penipuan atas talian,” katanya. BH

Remaja diseksa dan dipaksa berbogel

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Putri Ariani Di America’s Got Talent Bikin Meremang (Video)

Saya akan dedahkan apa dihisap Khairy minggu depan – Bung

Artis hamilkan anak orang

Durian duri hitam dijual RM98 1 kilogram di Vietnam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker