Kerajaan jamin perhalusi isu Sabah, Sarawak dalam MA63 – Ismail

Kerajaan jamin perhalusi isu Sabah, Sarawak dalam MA63 – Ismail

Kerajaan memberi jaminan akan memberi perhatian terhadap isu yang berkaitan dengan kepentingan Sabah dan Sarawak khususnya melalui aspek rakan kongsi setaraf dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara berkaitan yang perlu diselesaikan akan terus diperhalusi melalui rundingan dalam Majlis Khas MA63.

Majlis Khas MA63 itu dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri selain dianggotai Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Mohd Noor; Ketua Menteri Sarawak,

Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg serta lapan Menteri Persekutuan.

“Setiap kali menjelang Hari Malaysia, persoalan ‘equal partners’ sering dibangkitkan maka kerajaan memberi jaminan menerusi Majlis Khas MA63 akan memperhalusi perkara yang diperlu diselesaikan.

“Usaha ini membuktikan, kerajaan komited dalam memberi perhatian terhadap isu yang berkaitan dengan pelbagai perkara penting bagi negeri Sabah dan Sarawak,” katanya, dalam Perutusan Perdana Menteri Sambutan Hari Malaysia 2021 di Kota Kinabalu malam ini.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, meskipun Malaysia sebuah negara yang negerinya terpisah oleh Laut China Selatan, setiap cabaran berjaya ditangani dan dihadapi dengan kerangka tindakan toleransi dan demokratik, berpaksikan keluhuran perlembagaan serta kedaulatan undang-undang.

Sebelum ini, MA63 antara enam transformasi yang dimasukkan dalam Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH), Isnin lalu.

Melalui MoU itu, transformasi MA63 akan memperkukuh usaha ke arah pelaksanaan perkara yang termaktub dalam perjanjian itu dengan dokumen yang berkaitan dengannya. BH

Kerajaan jamin perhalusi isu Sabah, Sarawak dalam MA63 – Ismail


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ salah tafsir kos – Faizal Azumu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker