LHDNM : Bukan segalanya politik

JANGAN terlalu mudah salah faham lantas membuat andaian yang bukan-bukan.

Bukan segala-gala yang berlaku di atas muka bumi ini semata-mata adalah politik.

Pertemuan antara CEO LHDNM, Datuk Seri Dr. Sabin Samitah dan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia perkara normal.

Rasanya bukan UMNO sahaja. Banyak parti lain juga pernah mengunjungi pejabat LHDNM cuma tidak diwar-warkan.

LHDNM sebuah agensi berkaitan rakyat, manakala parti politik mewakili rakyat.

Maka ada justifikasi tepat untuk pertemuan diadakan dengan fokus kepada perihal rakyat.

Seperti yang dimaklumkan oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki. Bahawa pertemuan mereka memfokuskan tentang isu tuntutan rakyat.

Khususnya empat tuntutan berkaitan mekasnisme penyaluran bantuan BPN, BPR, Bantuan Khas.

Juga tentang Covid (BKC), Geran Khas Prihatin (GKP), proses rayuan dan kemas kini data pembayar cukai.

Lagipun ia bukan pertemuan empat mata. Ramai terlibat pada sesi itu justeru “nothing to hide”.

Sepatutnya kita berasa gembira dengan penghasilan pertemuan beragendakan rakyat tersebut.

Menurut Asyraf, LHDNM memberi komitmen untuk terus mempermudahkan proses rayuan.

Juga urusan-urusan lain berkaitan penyaluran bantuan kepada anggota masyarakat tersebut.

LHDNM turut memberi jaminan akan berusaha memperkasakan saluran-saluran komunikasi.

Bagi memudahkan interaksi dengan rakyat supaya bantu BPN, BKC dan GKP disalurkan dengan berkesan.

Perbincangan berlangsung hampir dua jam bermula pukul 2.30 hingga 4.10 petang.

Tahniah LHDNM kerana sentiasa terbuka untuk mendengar pandangan semua pihak demi kemaslahatan rakyat dan negara.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker