Maut Kerana Ubat Gigi Racun Tikus

Maut Kerana Ubat Gigi Racun Tikus

Mumbai: Seorang remaja perempuan maut selepas tersilap memberus gigi menggunakan racun tikus yang disangka ubat gigi.

Afsana Khan, 18, berasal dari Dharavi, meninggal dunia pada 3 September lalu.

Mangsa dikatakan dalam keadaan mengantuk dan terambil racun tikus yang diletakkan berhampiran ubat gigi.

Tanpa disedari, remaja perempuan itu terus mencapai racun tikus dan meletakkan pada berus gigi sebelum menggosok gigi.

Remaja itu terus berhenti menggosok gigi selepas tersedar akan kelainan pada rasa dan bau.

Dia bagaimanapun tidak berasa tidak selesa selepas itu dan meneruskan rutin hariannya walaupun berasa sedikit pening.

Bimbang dimarahi keluarga, Afsana mengambil ubat untuk mengatasi masalah peningnya itu walaupun berasa tidak selesa pada perut.

Mangsa turut mendapatkan rawatan di tiga klinik swasta dan hospital, namun tiada sebarang perkembangan positif.

Selepas didesak ibunya apabila tahap kesihatan yang semakin menurun, Afsana akhirnya memaklumkan kejadian sebenar kepada keluarga.

Dia kemudian dikejarkan ke sebuah hospital untuk rawatan lanjut.

Pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkan nyawanya, namun dia akhirnya menghembuskan nafas terakhir di samping keluarga.

Laporan kesihatan merumuskan Afsana maut kerana keracunan dan Balai Polis Dharavi sudah mengambil sampel forensik untuk siasatan.

Polis juga sudah merakamkan keterangan daripada ahli keluarga mangsa.

Setakat ini, kes diklasifikasikan kematian kerana kemalangan.- The Times Of India

Maut Kerana Ubat Gigi Racun Tikus


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ salah tafsir kos – Faizal Azumu

Let’s vote for parties in GE, not individuals, says Azalina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker