Malaysia tidak iktiraf mata wang kripto – MOF

Malaysia tidak iktiraf mata wang kripto – MOF

Malaysia tidak mengiktiraf penggunaan mata wang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum sebagai mata wang yang sah diperlakukan untuk digunakan dalam urus niaga harian.

Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa, berkata mata wang kripto juga bukan instrumen pembayaran yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM) buat masa ini.

“Mata wang kripto tidak sesuai digunakan sebagai instrumen pembayaran disebabkan mata wang ini tidak menunjukkan ciri universal wang.

“Secara umumnya, mata wang kripto bukan penyimpan nilai dan medium pertukaran yang baik disebabkan keadaan mata wang kripto yang terdedah kepada turun naik harga yang tidak menentu dan pendedahan kepada ancaman siber dan kekurangan daripada segi boleh skala,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) yang bertanyakan pendirian kerajaan berkenaan penggunaan mata wang kripto dalam urus niaga harian. BH

Malaysia tidak iktiraf mata wang kripto – MOF


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


MLM 2021: Bahye bakal juara?

Restoran terkenal di Ipoh disahkan JAIPk tiada sijil halal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker