8 pusat kecantikan, pergigian haram guna PATI tawar harga murah diserbu

8 pusat kecantikan, pergigian haram guna PATI tawar harga murah diserbu

Jabatan Imigresen menyerbu lapan pusat kecantikan dan pergigian haram yang menggunakan pendatang asing tanpa izin (PATI) sebagai pekerja serta menawarkan harga murah antara RM350 hingga RM8,000 berbanding perkhidmatan profesional.

Ketua Pengarah Imigresen, Khairul Dzaimee Daud berkata, modus operandi itu dikesan hasil serbuan serentak di lapan premis kecantikan di sekitar Lembah Klang seperti Dengkil, Kepong, Puchong dan Kuchai, selain Pulau Pinang serta Negeri Sembilan hari ini.

Beliau berkata, 16 warga Vietnam, termasuk seorang lelaki dan lima wanita warga Indonesia berusia 25 hingga 40 tahun ditahan dalam serbuan bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) itu.



Katanya, siasatan mendapati premis terbabit menawarkan suntikan kecantikan di bahagian mata (eye filler) pada harga RM350, suntikan membesarkan payudara (RM1,900), tegangkan kulit punggung atau botox punggung (RM3,500) dan pembedahan plastik berharga sehingga RM8,000.

Beliau berkata, perkhidmatan rawatan kecantikan itu yang dijalankan oleh warga asing tanpa kemahiran profesional dan tidak diiktiraf KKM boleh mengundang risiko kematian, kerosakan organ serta badan.

“Berdasarkan pemerhatian, pelanggan terdiri daripada warga tempatan seperti suri rumah dan eksekutif, manakala tujuh premis diserbu itu disewa dan satu lagi milik warga asing.

“Perkhidmatan pusat rawatan kecantikan itu mendapat sambutan menggalakkan kerana mengenakan bayaran rendah berbanding pusat rawatan berlesen dikendalikan golongan profesional bertauliah,” katanya menurut laporan Berita Harian di lokasi serbuan di Southville City, Dengkil.



Khairul Dzaimee berkata, hasil risikan empat bulan turut mendapati pusat kecantikan itu menawarkan rawatan mencantikkan hidung, membesarkan anggota badan, suntikan Vitamin C, perkhidmatan kurus badan, rawatan pemutihan serta pemasangan pendakap gigi.

“Perkhidmatan itu diiklankan di Facebook, WeChat dan Instagram. Semakan lanjut mendapati pelanggan perlu ‘request’ (membuat permohonan) untuk mendapat akses iklan itu, terutama di Instagram.”

Semua suspek ditempatkan di depoh imigresen mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) serta Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana kesalahan tinggal lebih masa serta salah guna pas lawatan sosial.

Katanya, pihaknya sedang menyiasat jika kegiatan pusat kecantikan itu didalangi sindiket dan KKM akan menyiasat sama ada tahanan terbabit melakukan kesalahan lain.



Beliau berkata, pihaknya akan terus bekerjasama dengan pelbagai agensi penguatkuasaan untuk menumpaskan kegiatan sedemikian dan memberi kesedaran kepada rakyat mengenai bahaya rawatan kecantikan tidak bertauliah. FMT

8 pusat kecantikan, pergigian haram guna PATI tawar harga murah diserbu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Janda bengang dengan jiran puaka (Video)

https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/

Pemandu tayang gari disahkan anggota polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker