Doktor Medik Maut Ketika Mahu Imbas Momen Melamar Isteri Di Gunung 27 Tahun Lalu

Doktor Medik Maut Ketika Mahu Imbas Momen Melamar Isteri Di Gunung 27 Tahun Lalu

SEORANG doktor maut selepas terjatuh daripada ketinggian 300 kaki (91 meter) ketika dia dan isterinya melawat pergunungan Striding Edge, Lake, iaitu lokasi dia melamar pasangannya 27 tahun lalu.

Dr Jamie Butler, 54, melamar isterinya, Margaret, di lokasi berkenaan pada 1994.

Pasangan dari Altrincham, Greater Manchester, itu kembali ke Lakes pada 2 November tahun lalu untuk mengimbas momen romantis bersama-sama.

Bagaimanapun, kunjungan romantis itu berakhir dengan tragedi apabila doktor berkenaan tersilap langkah ketika suasana berkabus, demikian hujah ketika pendengaran inkues kematiannya.

Mahkamah di Cockermouth juga diberitahu, bahawa gunung itu mempunyai tempat yang istimewa di hati pasangan berkenaan.

Sementara itu balu mendiang memberitahu, dia melihat suaminya berjalan di dalam suasana berkabus untuk mencari lokasi yang tepat ketika membuat lamaran 27 tahun lalu.

Namun lelaki itu ‘ghaib’ tidak lama kemudian, dan tidak memberikan sebarang maklum balas apabila dipanggil.

Wanita itu memutuskan untuk menghubungi polis kerana bimbang sesuatu telah berlaku kepada suaminya.

Pasukan penyelamat kemudian menemui Dr Butler, 300 kaki di bawah gunung dan dia diisytiharkan mati kerana mengalami pelbagai kecederaan, termasuk keretakan tengkorak.

Koroner Kirsty Gomersal menyimpulkan kematian doktor itu adalah disebabkan kemalangan. – Daily Mail

Doktor Medik Maut Ketika Mahu Imbas Momen Melamar Isteri Di Gunung 27 Tahun Lalu

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah Kampung di Bota berusia lebih 100 tahun dialih ke Alor Setar

Pesawat MAS Mendarat Sewaktu Taufan Eunice Melanda UK (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker