Isu MARA: Menteri beri jaminan tindakan akan diambil selepas selesai siasatan

KUALA LUMPUR- Kerajaan akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Majlis Amanah Rakyat (Mara) setelah selesai siasatan terhadap lima pegawai kanan agensi berkenaan yang didakwa terlibat dengan penyelewengan dan salah guna kuasa.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, buat masa ini pihaknya tidak mahu campur tangan bagi memastikan siasatan oleh pihak berkuasa dapat dijalankan secara telus.

“Saya tidak mahu campur lagi sebab ia masih dalam siasatan. Biarlah siasatan selesai dan barulah kita ambil apa-apa tindakan yang patut,” katanya selepas majlis pelancaran platform e-Desa di sini, pada Isnin.

Pada Khamis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan siasatan terhadap lima pegawai kanan Mara berhubung dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa telah 99 peratus selesai.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, siasatan memberi tumpuan kepada dua isu berhubung salah guna kuasa dalam pengurusan sebuah anak syarikat agensi tersebut iaitu Mara Corporation (Mara Corp).

Sinar Harian pada 11 Februari melaporkan lima pegawai kanan Mara hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk dirakam keterangan berhubung dakwaan tersebut.

SPRM memulakan siasatan terhadap Mara dengan melakukan serbuan di tiga lokasi berasingan di Jalan Mara, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Bukit Bintang.

Ia selepas sepucuk surat berhubung permohonan untuk melakukan siasatan terhadap lima pegawai tinggi Mara tular di Twitter.

Isu MARA: Menteri beri jaminan tindakan akan diambil selepas selesai siasatan

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah Kampung di Bota berusia lebih 100 tahun dialih ke Alor Setar

Pesawat MAS Mendarat Sewaktu Taufan Eunice Melanda UK (Video)

Ogy belasah Nazief, viral sehingga ke Rusia (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker