Ingin masuk ke Sarawak? Ini syarat dan prosedur yang harus anda patuhi

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) melaksanakan tatacara kemasukan baharu bagi setiap warga tempatan dan warga asing yang ingin memasuki negeri itu.

Tindakan itu diambil melihat kepada keadaan semasa penularan COVID-19 dalam negara, terutamanya peningkatan kes yang berlaku di negeri Sabah.

Berikut prosedur terkini kemasukan ke Sarawak seperti yang diumumkan oleh Pengerusi JPBNS, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dalam sidang media COVID-19 pada Isnin:-

1. Perjalanan melalui Sabah / Labuan Ke Sarawak bagi semua rakyat Sarawak, pemegang Pas Pemastautin Tetap (PR) Sarawak dan pemegang Pas Visa Sarawak perlu:

a) Memohon kebenaran masuk ke Sarawak dengan mengisi secara atas talian (online) borang EnterSarawak.

b) Mereka akan dikenakan kuarantin di rumah, Home Surveillance Order (HSO) selama 14 hari dan diberi wristband.

c) Ujian Swab rT-PCR akan diambil semasa ketibaan di lapangan terbang atau pada hari ke-2 dan hari ke10. Kos ini akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

d) Bagi mereka yang telah membuat ujian rt-PCR tiga hari sebelum masuk ke Sarawak dan keputusan adalah negatif, ujian swab rt-PCR akan diambil pada hari ke-10 sahaja. Kos ini akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

e) Prosedur Transit Lapangan Terbang sebelum meneruskan perjalanan:
Tidak dibenarkan keluar dari balai perlepasan. Arahan kuarantin Home Surveillance Order (HSO) akan dikeluarkan di “First Point Of Entry” dan dipasang wristband.

f) Sekiranya destinasi terakhir mereka adalah di kawasan pedalaman dan jauh dari klinik kesihatan yang menyediakan kemudahan untuk mengambil sampel COVID-19, mereka akan dikuarantin di hotel atau pusat kuarantin yang telah ditetapkan.

2. Perjalanan melalui Sabah / Labuan Ke Sarawak bagi setiap warganegara Malaysia dari Semenanjung / Sabah / Labuan) dan warga asing perlu:

a) Memohon kebenaran masuk ke Sarawak dengan mengisi secara atas talian (online) borang EnterSarawak dengan melampirkan keputusan ujian COVID-19 (rT-PCR) mereka (sah 3 hari) sebelum mereka diluluskan untuk masuk ke negeri itu.

b) Mereka juga akan diberi pas masuk yang dihadkan selama 5 hari sahaja dan harus melampirkan tiket penerbangan perjalanan pulang.

c) Mereka yang tidak melampirkan keputusan ujian rT-PCR COVID19 yang sah dalam 3 hari sebelum kemasukan tidak akan diberi kelulusan masuk ke Sarawak.

d) Kemasukan untuk tugasan rasmi dan perkhidmatan penting akan dipertimbangkan, tertakluk kepada kelulusan JPBN.

3. Perjalanan yang berulang alik kerap dari Sabah / Labuan Ke Sarawak di sempadan darat / laut Sabah dan Sarawak (daily commuters) termasuk perkhidmatan penting (essential services), mereka perlu:

a) Memohon pas khas dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (Pejabat Residen Limbang dan Miri).

b) Mereka juga dikehendaki untuk diambil sampel COVID-19 setiap 14 hari dan jika mereka gagal melakukannya, pas khas tersebut tidak akan diperbaharui. Awani

Rakyat Malaysia masuk ke Sarawak diberi gelang tangan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker