Ustaz Budak diperintah bela diri pertuduhan cium pipi, cabul lelaki

Ustaz Budak diperintah bela diri pertuduhan cium pipi, cabul lelaki

KOTA BHARU – Seorang pendakwah yang dikenali sebagai Ustaz Budak diperintah untuk membela diri oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau dengan mencium pipi dan mencabul seorang ahli perniagaan lelaki, dua tahun lalu.

Majistret Mohd. Izdham Naim Che Ani memutuskan perkara itu terhadap tertuduh Syamsul Zaman Sukri, 34, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir pendakwaan.



Mohd. Izdham berkata, pihak pendakwaan sebelum ini telah memanggil lima saksi, malah mahkamah turut meneliti keterangan dan hujahan saksi.

“Mahkamah telah membuat penilaian maksimum dan berpuas hati dengan keterangan pengadu dalam kes ini.

“Pihak pendakwaan telah membuktikan kes pramie facie terhadap tertuduh. Oleh itu, tertuduh diarah untuk membela diri,” katanya.

Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan bagi Syamsul Zaman untuk membela diri pada 25 Januari depan.



Tertuduh memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah pada prosiding itu nanti.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kelucahan melampau dengan mencium pipi dan mencabul seorang lelaki berusia 30 tahun.

Perbuatan itu dilakukan olehnya di sebuah hotel di sini kira-kira pukul 1.15 pagi pada 16 Disember 2020.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.



Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Edabayu Subhan, manakala tertuduh diwakili peguam, Ahmad Adha Amir Yasser Amri.

Mahkamah sebelum ini membenarkan jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh membayar ikat jamin yang ditetapkan. K Online

Ustaz Budak diperintah bela diri pertuduhan cium pipi, cabul lelaki


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j

Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN



Jangan berani sentuh Messi – Tyson



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker