Penjaga Tandas Pilih Penjara Sebab Tak Mampu Bayar Denda RM29
Penjaga Tandas Pilih Penjara Sebab Tak Mampu Bayar Denda RM29
JAKARTA – Seorang penjaga tandas awam terpaksa memilih untuk dipenjarakan kerana tidak mampu membayar denda selepas didapati bersalah melanggar peraturan sekatan aktiviti masyarakat (PPKM) Darurat Indonesia, lapor laman berita Suara.com semalam.
Lelaki berasal dari wilayah Banten itu sebelum itu diarahkan untuk membayar denda berjumlah 100,000 rupiah (RM29).
Dia bagaimanapun mengakui tidak mampu membayar wang tersebut, lantas memilih hukuman penjara satu hari.
Kes tersebut adalah satu daripada hukuman yang dijatuhkan dalam sesi perbicaraan jenayah kecil yang diadakan di wilayah itu.
Sebanyak 40 penduduk menjalani perbicaraan, yang mana kesemua mereka ialah pesalah yang melanggar peraturan PPKM Darurat.
“Mereka ini berasal dari kalangan orang ramai termasuk peniaga, pemilik kedai dan pekerja.
“Mereka didapati melakukan pelbagai jenis kesalahan di bawah sekatan PPKM Darurat ketika serbuan pihak berkuasa dilakukan,” kata Ketua Polis Daerah Banten, Irjen Rudy Heriyanto.
Sementara itu, hakim bagi perbicaraan tersebut, Uli Purnama berkata, semua pesalah dikenakan hukuman yang berbeza-beza.
“Berdasarkan peraturan tempatan, hukuman yang dikenakan adalah denda berjumlah 100,000 rupiah (RM29) hingga 200,000 rupiah (RM58) atau penjara selama satu hingga tiga hari,” katanya. – AGENSI
Penjaga Tandas Pilih Penjara Sebab Tak Mampu Bayar Denda RM29
Baca Artikel Menarik :
- Musuh Umno suka potong ayat dan reka cerita
- Najib pertahankan 3 menteri UMNO dari dipersalahkan PAS, wabak memburuk salah Muhyiddin
- SUA BN nafikan surat sokongan kepada Muhyiddin
- Lelaki Berisiko Mati Pucuk Jika Di Jangkiti Covid-19
- Resepi kari hijau Thai padu
- Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Pun Order Barang Dari Shoppe
Siapa Sangka Pereka Fesyen Popular Ini Kekal Awet Muda Pada Usia 72 Tahun
You must be logged in to post a comment.