Murshidul Am PAS kata langkah UMNO tarik sokongan jejaskan Muafakat Nasional

Murshidul Am PAS kata langkah UMNO tarik sokongan jejaskan Muafakat Nasional. Usaha penyatuan ummah yang diusahakan Pas bersama UMNO serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) demi kepentingan rakyat negara ini seolah-olah hancur ekoran keputusan UMNO menarik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri.

Dalam masa sama, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin menegaskan, keputusan UMNO itu secara tidak langsung memberi kesan kepada hubungan di dalam Muafakat Nasional (MN) yang pada asas penubuhannya ialah demi penyatuan ummah parti-parti politik Melayu Islam di negara ini.

Bagaimanapun, Hashim yakin masih ada ruang bagi ketiga-tiga parti Melayu Islam itu memperbaiki keadaan supaya tidak memberi ruang serta peluang kepada pihak musuh.

“Apabila penyatuan ummah Pas, UMNO dan Bersatu itu mula goyah, ia akan memberi kelebihan dan kekuatan kepada Pakatan Harapan (PH) yang sentiasa mencari peluang.

“Sebab itu Pas sentiasa menitikberatkan untuk memperkasakan MN dan PN. Apabila kita bersatu, kita akan semakin kuat, namun apabila berpecah akan memberi kelebihan kepada pihak musuh.

“Sekarang, musuh mula menanti peluang dan sedia mengambil kesempatan itu jika kita terus bergolak. Penyatuan ummah ini perlu diperkasakan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Pas dalam satu kenyataan kelmarin menyokong penuh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mengemudi pimpinan negara.

Sebelum itu, UMNO menuntut Muhyiddin mengundur diri daripada jawatan Perdana Menteri.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, Majlis Tertinggi (MT) UMNO membuat keputusan bahawa tempoh memberikan sokongan kepada Perdana Menteri ditarik balik dan ditamatkan serta-merta.

Tambah Hashim, dalam keadaan negara sedang berdepan cabaran pandemik Covid-19 dan ekonomi, adalah tidak sepatutnya UMNO mengambil keputusan menarik sokongan terhadap kerajaan PN dan Perdana Menteri.

“Semua pihak perlu berganding bahu bersama kerajaan dalam usaha menangani pandemik Covid-19 dan sebarang usaha ke arah ketidakstabilan politik adalah sangat tidak baik,” katanya

Murshidul Am PAS kata langkah UMNO tarik sokongan jejaskan Muafakat Nasional

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Undi percaya terhadap PM perlu diusul

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker