Undi percaya terhadap PM perlu diusul

Undi percaya terhadap PM perlu diusul. Satu usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu dibuat semasa sidang Dewan Rakyat bagi membuktikan beliau masih mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen di negara ini.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, hal itu penting bagi memastikan Ahli Parlimen Pagoh itu terus mengekalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

“Peguam Negara tentu bersetuju dengan saya bahawa fakta jelas tersebut boleh ditunjukkan jika diadakan prosiding usul undi percaya terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat.



“Soalan saya kepada Peguam Negara selaku penasihat undang-undang kepada kerajaan, adakah kerajaan akan membentangkan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat apabila Parlimen bersidang bermula 26 Julai ini hingga 2 Ogos.

“Soalan seterusnya, jika kerajaan tidak ada cadangan untuk membentangkan usul undi percaya itu, maka, adakah kerajaan akan membenarkan ahli-ahli Parlimen pembangkang pula membawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Khamis lalu, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dalam satu kenyataan memberitahu, Muhyiddin kekal sebagai Perdana Menteri meskipun UMNO menarik balik sokongan terhadap beliau.

Jelas Idrus, keputusan itu berdasarkan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan iaitu kepercayaan majoriti perlu ditentukan ahli Dewan Rakyat dan bukan melalui kenyataan suatu parti politik atau mana-mana pemimpinnya.



“Dari segi undang-undang, Muhyiddin dan jemaah menteri sedia ada ternyata masih kekal untuk menjalankan kuasa,” kata Idrus.

Mengulas lanjut, Hassan yang juga bekas Pengerusi PKR negeri memberitahu, kenyataan Idrus itu mempunyai implikasi besar dari segi perundangan Perlembagaan Persekutuan.

“Saya bersetuju dengan kenyataan Peguam Negara di atas yang merujuk Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. Itu adalah kedudukan undang-undang yang ada sekarang.

“Tetapi persoalannya ialah bagaimana mungkin penentuan sokongan majoriti kepada Perdana Menteri dapat dilakukan jika usul undi percaya tidak diadakan di Dewan Rakyat,” soalnya.



Dalam pada itu, beliau memaklumkan pihaknya telah menyampaikan bakul makanan kepada keluarga B40 antaranya di Kampung Seri Bahagia, Rumah Pangsa Taman Air Biru, Flat Hijau Plentong dan Flat Daisi dalam kawasan Plentong dan Permas Jaya.

Undi percaya terhadap PM perlu diusul


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Hanya dua cara PM baharu boleh dilantik



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker