Foodbank : Licin sekelip mata



Sebaran :

Foodbank : Licin sekelip mata

Tidak sampai seminit, semua barangan di ‘food bank’ habis di ‘borong’ orang ramai.

Itulah kejadian yang berjaya dirakam di sebuah kawasan pengagihan bantuan sebelum klip video itu dimuat naik di laman Facebook Sukan Star TV.

Klip video berdurasi 51 saat itu memaparkan orang ramai menyerbu ‘food bank’ itu bagi mendapatkan barangan keperluan.



Apa yang merisaukan, mereka kelihatan langsung tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa iaitu berkaitan penjarakan fizikal.

Walaupun telah diarahkan oleh individu yang dipercayai penganjur ‘food bank’ itu untuk tidak berebut, namun mereka langsung tidak mengendahkan arahan tersebut.

Sebaliknya, mereka terus berebut dan berhimpit sehingga semua makanan habis di ‘borong’ dalam tempoh kurang seminit.

Klip video itu turut memaparkan orang ramai mengambil barangan di ‘food bank’ itu melebihi had keperluan mereka.



Bagaimanapun, tidak dinyatakan lokasi dan tarikh kejadian itu berlaku.

Susulan video tular itu, orang ramai telah meninggalkan beberapa komen yang kesal dengan perbuatan individu dalam rakaman itu yang dilihat ‘melampau’ semasa mengambil barangan di ‘food bank’.

“Berpada-pada dalam ambil bantuan, bukan tak boleh ambil, memang diutamakan ambil bagi yang terkesan dan sangat perlu.

“Cuma jangan ambil kesempatan bagi sesetengah orang, ambil lebih pada had, jual pula barang tu semula, tu namanya zalim. Ingatlah orang lain sama ya,” tulis Syed Haszanorizwan Syed Hassan.



Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna yang dikenali sebagai Hasnah Abu Bakar.

“Cara bantuan yang tak berapa nak betul, mana boleh camni, memang ramailah yang berebut dan ambil kesempatan.

“Sepatutnya setiap yang menerima tu ada nombor atau nama yang layak, kena ada yang tunggu untuk agihkan bantuan baru betul,” ujarnya.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Foodbank : Licin sekelip mata


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Macam sengaja cipta kesilapan untuk elak PRU


Sebaran :


Leave a Reply