Keputusan MKT UMNO langgar keputusan Perhimpunan UMNO

Keputusan MKT UMNO langgar keputusan Perhimpunan UMNO. Keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah bertentangan dengan Perhimpunan Agung UMNO 2020.

Perkara itu dibangkitkan seorang ahli Majlis Tertinggi semasa mesyuarat secara maya di mana beliau bertindak menentang usul Presiden UMNO yang mendesak Muhyiddin meletakkan jawatan.

Sumber mendedahkan, ahli Majlis Tertinggi itu dilihat seperti marah kepada tindakan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang secara tiba-tiba mengubah pendirian sekali gus mengenepikan pendirian parti yang sebelum ini menggesa UMNO menarik sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN).



“Keputusan Perhimpunan UMNO adalah tarik diri dari kerajaan, tidak ada pula sebut nak tarik sokongan terhadap Perdana Menteri. Ini lain ni. Dulu kita nak supaya tarik diri dari kerajaan, tapi tak boleh. Kita ubah sedikit. Ini sudah lari.

“Sekarang, siapa yang tinggalkan keputusan Perhimpunan Agung UMNO sendiri?” soal ahli Majlis Tertinggi itu yang turut didengari Ahmad Zahid serta timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Kenyataan ahli Majlis Tertinggi itu juga dilihat senada dengan ahli Majlis Tertinggi lain yang merupakan anggota Kabinet kerajaan, iaitu Datuk Noraini Ahmad.

Sumber berkata, Noraini menjelaskan, UMNO perlu memikirkan masa sesuai untuk menarik sokongan terhadap PN, bagaimanapun Wanita UMNO akur pada keputusan Majlis Tertinggi.



“Wanita UMNO menyokong keputusan Perhimpunan Agung UMNO, tidak mahu apa-apa kerjasama dengan DAP dan PKR, sama seperti yang Presiden maklumkan dalam ucapan pembukaan. Bila nak tarik diri itu kena fikir masa yang sesuai dan Wanita UMNO berharap akan dapat menambah kekuatan dalam keputusan yang dibuat mesti berkepentingan untuk rakyat,” ujarnya.

Dedah sumber lagi, perkara yang sama turut dibangkitkan seorang MT yang juga ahli kabinet PN, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang berkata, kesemua ahli UMNO termasuk menteri dan timbalan setuju dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO.

Namun, perlu memikirkan masa dan apakah cara yang terbaik untuk menjayakan misi UMNO ini.

“Di kalangan menteri, kita dah setuju, yang tak dapat memahami adalah bila?



“Kalau boleh let us come to agree (biar semua setuju). Cara pun kena betul ,” ujarnya.

Kata sumber, seramai 55 ahli Majlis Tertinggi turut serta dalam persidangan malam tadi, yang turut disertai Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd. Somali Reduan.

Sementara seorang lagi Majlis Tertinggi tidak dapat hadir atas faktor kesihatan iaitu Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Keputusan MKT UMNO langgar keputusan Perhimpunan UMNO


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Hanya dua cara PM baharu boleh dilantik

 



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker