Istana Pasir Tertinggi Di Dunia Di Denmark [VIDEO]

Istana Pasir Tertinggi Di Dunia Di Denmark [VIDEO]

COPENHAGEN: Istana pasir tertinggi di dunia dengan ketinggian lebih 20 meter dan seberat hampir 5,000 tan siap dibina di sebuah bandar tepi pantai di Blokhus, Denmark.

Berukuran 21.16 meter tinggi, istana baharu itu mengatasi istana dibina di Jerman pada 2019 yang memegang rekod Guinness World Records pada ketinggian 17.66 meter.

Sebanyak 4,860 tan pasir digunakan bagi membina struktur berupa piramid.

Perekanya, Wilfred Stijger yang dibantu 30 pengukir pasir terbaik dunia, menampilkan kuasa coronavirus ke atas dunia sejak awal pandemik bermula.

“Ia mengatur kehidupan kita di mana-mana,” kata Stijger.

Berukuran 21.16 meter tinggi, istana baharu ini mengatasi istana dibina di Jerman pada 2019. - Foto AFP
Berukuran 21.16 meter tinggi, istana baharu ini mengatasi istana dibina di Jerman pada 2019. – Foto AFP
Sebanyak 4,860 tan pasir digunakan bagi membina struktur berupa piramid. - Foto AFP
Sebanyak 4,860 tan pasir digunakan bagi membina struktur berupa piramid. – Foto AFP

“Ia memberitahu anda apa yang harus dilakukan …. ia memberitahu anda untuk menjauhkan diri dari keluarga dan tidak pergi ke mana-mana. Jangan melakukan aktiviti, tinggal di rumah,” katanya,

Bagi mengukuhkan struktur istana, lapisan pasir mengandungi kira-kira 10 peratus tanah liat dan gam disapu di permukaan istana berkenaan.

Ciri-ciri tempatan termasuk luncur angin, rumah pantai, ikan dan rumah api ditampilkan dalam pembinaan berkenaan.

Istana pasir itu dijangka berdiri kukuh sehingga Februari atau Mac tahun depan. – AFP

Istana pasir tertinggi di dunia dengan ketinggian lebih 20 meter dan seberat hampir 5,000 tan. - Foto EPA
Istana pasir tertinggi di dunia dengan ketinggian lebih 20 meter dan seberat hampir 5,000 tan. – Foto EPA
Orang awam mengambil gambar istana pasir tertinggi di dunia. - Foto EPA
Orang awam mengambil gambar istana pasir tertinggi di dunia. – Foto EPA

Istana Pasir Tertinggi Di Dunia Di Denmark [VIDEO]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

 

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Terpedaya sindiket ‘parcel scam’, pelajar sekolah terpedaya

 

4 lelaki mengaku tidak bersalah bunuh bekas pengarah Mardi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker