Pengguna Twitter Kini Mempunyai Had Bacaan Tweet Dalam Sehari – Elon Musk

Pengguna Twitter Kini Mempunyai Had Bacaan Tweet Dalam Sehari – Elon Musk

Sebelum ini, kita boleh melayari ciapan tanpa sebarang had dalam seharian. Namun, pemilik Twitter kini mengambil langkah berbeza dalam membendung beberapa isu menerusinya.

Terkini, Elon Musk sekali lagi membuat kecoh apabila mencipta sebuah ciri baharu kepada semua pengguna Twitter.



Dengan ciri baharu ini, Twitter bakal mengehadkan atau membataskan bacaan ciapan kepada 10,000 hantaran sahaja sehari bagi pengguna yang mempunyai akaun disahkan (verified account) atau berbayar.

Sementara pengguna yang menggunakan akaun percuma pula mempunyai had bacaan 1,000 sehari. Akhir sekali, pengguna percuma yang baru sahaja menyertai platform Twiiter (akaun baharu) mempunyai had sebanyak 500 bacaan sehari.

Keputusan ini dibuat kerana Elon Musk mendakwa terdapat peningkatan secara ekstrem terhadap akses data serta manipulasi dalam sistem. Dengan berbuat sedemikian, difahamkan dapat menyelesaikan masalah tersebut.

Bagaimanapun, tindakan baharu ini mungkin bersifat sementara kerana beliau sering mengubah sesuatu perkara sesuka hati. Bahkan, beliau sebenarnya dilihat mahu memberi kelebihan kepada pengguna berbayar dengan harapan boleh menjana pendapatan. Vc



Pengguna Twitter Kini Mempunyai Had Bacaan Tweet Dalam Sehari – Elon Musk

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabi Adam turun di Gunung Jerai, Saidina Uthman pernah ke Kedah antara dakwaan gila penceramah PAS yang mengelirukan – PM



Inspektor Sheila cari calon suami untuk jumpa ayahnya

Papagomo kalah debat dengan Wan Mahussin?



Pernikahan Shuib-Watie, Jep Sepahtu dedahkan beliau tidak dijemput



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker