Dera amah sehingga mati, Mahkamah Persekutuan kekal bebaskan majikan

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan membebaskan S Ambika daripada dakwaan membunuh pembantu rumah warga Indonesianya, Adelina Lisao pada 2018.

Mahkamah Tinggi pada mulanya memutuskan untuk membebaskan Ambika daripada tuduhan membunuh pada April 2019. Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan tersebut pada September 2020.

Ambika didakwa membunuh Lisao, 28, di rumahnya di Medan Kota Permai 2, Bukit Mertajam, pada 10 Feb 2018.

Hari ini panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara menolak rayuan pihak penadkwaan.

“Kami amat kecewa dengan hala tuju kes ini untuk Adelina Lisao.

“Pendakwaan Malaysia telah gagal, dan malangnya, ini bermakna kita terus memupuk budaya bebas daripada hukuman terhadap pelaku dalam kalangan majikan pekerja domestik,” kata Pengarah Eksekutif Tenaganita Glorene A Das kepada Malaysiakini.

“Kami akan terus mencari keadilan untuk Adelina,” katanya lagi.

Adelina mengalami kecederaan akibat didera secara fizikal dan dibiarkan tidur di tempat letak kereta di rumah majikannya sebelum mangsa diselamatkan dengan campur tangan Anggota Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim pada 10 Feb 2018.

Bagaimanapun wanita berusia 26 tahun itu meninggal dunia akibat kecederaan organ pada hari berikutnya, ketika sedang dirawat di Hospital Bukit Mertajam.

Tenaganita berkata pada masa itu Lisao didera dengan kejam dan teruk sehingga membawa kepada kematiannya.

Duta Besar Indonesia ke Malaysia Hermono yang hadir di mahkamah hari ini dilihat tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya.

“Ini memberi impak kepada hak asasi manusia dan juga sukar untuk diterima oleh keluarga mangsa. Tiada siapa yang menanggung tanggunjawab dalam kes ini.

“Sukar untuk memahami bagaimana ia berlaku. Kami tahu Adelina meninggal dunia selepas dibawa dari rumah majikannya dalam keadaan yang teruk di, mana seluruh badannya mengalami kecederaan dan tiada siapa yang membawanya ke hospital.

“Kini mahkamah mendapati tiada sesiapa dipertanggungjawabkan.

“Ini sangat sukar untuk rakyat Indonesia faham. Bagaimana dia boleh mati dalam keadaan tragik seperti itu tanpa sesiapa yang bertanggungjawab,” katanya kepada media di luar mahkamah susulan keputusan hari ini.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Syamsul Yusof, Ira Kazar dah bertunang?

Kerajaan Pas Kelantan zalim roboh rumah penduduk – Ibrahim

Mahathir Mahu Malaysia Tuntut Balik Singapura Dan Kepulauan Riau

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker