Calon SPM antara 2 ditahan terbabit sindiket tipu lesen memandu

Calon SPM antara 2 ditahan terbabit sindiket tipu lesen memandu

Seorang pelajar tingkatan lima yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) antara dua individu yang ditahan pada Sabtu lalu kerana dipercayai terlibat dalam sindiket penipuan lesen memandu.

Kedua-dua suspek berusia 17 dan 22 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur dan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Cheras dalam serbuan kira-kira 10 malam kelmarin di sebuah rumah sekitar Durian Tunggal, Melaka.



Ketua JSJK Kuala Lumpur, Mohd Mahidisham Ishak berkata, serbuan dilakukan selepas polis menerima laporan daripada seorang mangsa lelaki berusia 40 tahun membabitkan kerugian RM490.

Pada 29 Mac lepas katanya, mangsa melayari satu iklan di Facebook yang menawarkan perkhidmatan membuat lesen memandu tanpa perlu menjalani ujian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Pengadu kemudian menghubungi nombor yang tertera melalui aplikasi WhatsApp dan dalam urusan tersebut, mangsa telah dijanjikan lesen memandu dengan bayaran RM490,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selepas membuat bayaran beliau berkata, suspek masih meminta bayaran tambahan atas pelbagai alasan.



“Curiga dengan suspek, pengadu tampil membuat laporan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya sambil memaklumkan sindiket penipuan lesen memandu itu bergiat aktif sejak enam tahun lalu.

Mahidisham berkata, kedua-dua suspek itu direman tiga hari sehingga esok untuk siasatan lanjut.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan lesen memandu menerusi cara yang betul dan sah di sisi undang-undang.

Orang ramai diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/0585, CCID Scam Response Center 03-26101559/1599, WhatsApp CID Infoline 013-2111222 dan semakmule.rmp.gov.my atau ke balai polis berdekatan jika mempunyai sebarang maklumat jenayah atau aktiviti mencurigakan. FMT



Calon SPM antara 2 ditahan terbabit sindiket tipu lesen memandu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bersatu cari rakan lain kerana tak yakin dengan kekuatan PAS



Buffet Ramadhan Kuala Lumpur Selangor 2022 (TERKINI)

Resepi ayam menangis meraung, kecur air liur



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker