Budak 5 tahun maut jatuh dari tingkat 9 flat Sri Sabah

Budak 5 tahun maut jatuh dari tingkat 9 flat Sri Sabah

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari balkoni dapur di tingkat sembilan flat perumahan Sri Sabah, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras menerima maklumat daripada orang awam berkenaan kejadian seorang kanak-kanak terjatuh dari flat pada pukul 11.54 pagi.



“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis telah pergi ke tempat kejadian dan dimaklumkan bahawa mangsa telah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) oleh ibunya.

“Siasatan awal pihak polis mendapati kanak-kanak perempuan yang berusia lima tahun dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan (balkoni dapur) rumahnya sekitar pukul 9.30 pagi.

“Difahamkan ketika kejadian, ibu dan adik mangsa turut berada di rumah berkenaan namun, ibunya tidak menyedari bahawa mangsa berada di dapur rumah semasa kejadian,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa yang merupakan warga tempatan telah dibawa ke HCTM namun, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan hospital berkenaan.



Jelas beliau, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca kematian mangsa.

Zam Halim turut menasihati orang ramai agar sentiasa mengawasi anak-anak dengan baik supaya tidak berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini seumpama kes berkenaan. K Online

Budak 5 tahun maut jatuh dari tingkat 9 flat Sri Sabah


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung

Lelaki pengsan akibat putus cinta [VIDEO]



Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker