Mahasiswa Indonesia akan berdemonstrasi semula 21 April ini

Ketua Polis Negara Indonesia, Jeneral Listyo Sigit Prabowo dan Wakil Ketua Dewan Perwakilan Rakyat, Sufmi Dasco Ahmad bertemu mahasiswa di depan Kompleks DPR Senayan, Jakarta, pada 11 April lalu. – KOMPAS.com

JAKARTA – Gabungan pelajar yang menganggotai Badan Eksekutif Mahasiswa Indonesia (BEM SI)  akan kembali mengadakan tunjuk perasaan  pada 21 April ini, lapor laman berita Kompas, semalam.

Koordinator Wilayah BEM SI, Muhammad Yusuf berkata,  terdapat empat tuntutan yang akan disuarakan dalam protes tersebut.

Tuntutan pertama adalah menggesa Kementerian Perdagangan Indonesia supaya menyelesaikan masalah kekurangan minyak masak.

“BEM SI menuntut Menteri Perdagangan, Muhammad Lutfi untuk segera menyelesaikan masalah kekurangan minyak masak dalam negara kerana ada permainan kartel dan mafia komoditi tersebut,” kata Yusuf.



“Kedua adalah menolak kenaikan harga bahan api. Ketiga, menolak kenaikan kadar cukai tambah nilai (VAT) dan akhir sekali, menolak lanjutan tempoh jawatan Presiden Indonesia kepada tiga penggal.

“Buat masa ini, berdasarkan hasil kajian kami, inilah tiga permintaan utama dan kami akan meneruskan kajian di sektor lain,” kata Yusuf.

Tambah Yusuf, lokasi untuk mengadakan demonstrasi itu masih dalam proses perbincangan.

Pada 11 April lalu, BEM SI telah mengadakan sesi demonstrasi untuk mengemukakan tuntutan hampir sama di pekarangan Kompleks Dewan Perwakilan Rakyat di Senayan, Jakarta.



Pihak polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan meriam air bagi meleraikan perhimpunan itu yang bertukar kecoh apabila peserta mula melempar batu pada bangunan pemerintah. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji



Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker