Adik tumbuk kakak curang pada suami

Adik tumbuk kakak curang pada suami

KUCHING – Polis memburu seorang lelaki kerana mencederakan kakaknya selepas mengamuk di rumah mereka di Kampung Segedup, Jalan Batu Kawa di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa, 34, pada pukul 5.52 petang iaitu beberapa jam selepas kejadian.



Katanya, pada pukul 3.34 petang semalam, mangsa yang juga anggota bomba telah dipukul oleh adiknya itu sehingga menyebabkannya mengalami kesakitan pada kepala dan lebam di bahu, lengan dan tangan.

“Sebelum kejadian, mangsa dan adik perempuannya sedang melakukan kerja di dapur, manakala suspek sedang duduk makan di lantai dapur.

“Suspek tiba-tiba membuat bising, membebel, memaki hamun serta menuduh mangsa membuat perkara yang tidak baik di belakang suaminya.

“Mangsa kemudian menegur suspek menyebabkan suspek terus memukulnya bertubi-tubi di bahagian kepala, bahu, lengan dan tangan kiri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.



Abang Zainal menambah, suspek yang merupakan anak kedua daripada empat beradik juga sering mengamuk tanpa sebab kepada adik-beradik dan ibu bapanya, tetapi tiada laporan polis dibuat.

Katanya, pasukan detektif telah diarahkan menangkap suspek yang berusia 32 tahun dan kes disiasat di bawah Seksyen 323/18A Kanun Keseksaan. K Online

Adik tumbuk kakak curang pada suami

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizo Omar Vs Mawar

Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo



Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker