Lelong selepas banjir

Lelong selepas banjir

SEGAMAT: Lelong, lelong, 50 peratus!

Jeritan Liau Chin Ping, peniaga barangan beg, kasut dan pakaian di bandar Segamat, yang memanggil orang ramai datang ke kedainya, pasti menarik perhatian sesiapa sahaja yang melalui kedai berkenaan.



Wartawan Bernama, yang kebetulan melalui kedai berkenaan bagi membuat tinjauan pascabanjir yang melanda bandar itu beberapa hari lepas, tidak ketinggalan tertarik menjengah kedai berkenaan yang telah berusia 40 tahun.

“Adik you mediakah, mari ambil gambar saya punya kedai, kasi tahu orang ramai datang beli barang sini, semua lelong, ini banyak murah,” kata Liau, atau lebih dikenali sebagai Jess itu sebaik melihat kamera dan tag media yang dipakai wartawan dan jurufoto Bernama.

Wanita berusia lingkungan 40-an itu juga menunjukkan bahagian stornya yang menempatkan longgokan plastik sampah, berisi pakaian, kasut, tali pinggang dan beg dengan kesan lumpur akibat banjir.

Di bahagian belakang kedai, kelihatan adik perempuannya juga sedang membersihkan puluhan bagasi yang kotor terkena air banjir sehingga melebihi paras pinggang di kedainya itu untuk dijual semula.



Liau, walaupun agak ceria dan peramah, sebenarnya berasa agak sedih dan terkilan kerana berulang kali menyatakan bahawa banyak barangan yang rosak berkenaan adalah berjenama dan merupakan stok yang baharu diperolehnya.

Beliau kerugian hampir RM90,000.

“Ini kali ketiga saya buat lelong, dulu waktu banjir besar 2006 dan 2011 pun pernah buat,” katanya.

Beliau turut mengakui, banjir yang melanda 1 Mac lalu adalah yang terburuk sejak 2016 dan ia berlaku terlalu cepat sehingga tidak mampu menyelamatkan barangan di dalam kedai.



Sementara itu, tinjauan juga mendapati kerja pembersihan masih giat dijalankan dan ada beberapa kedai yang terpaksa ditutup kerana kerja pembersihan difahamkan mengambil masa yang agak lama.

Terdapat juga syarikat pembersihan yang datang dari Kuala Lumpur bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan di sebuah bank di bandar berkenaan yang dilanda banjir beberapa hari lepas.

“Terpaksa buat kerja pembersihan dua hari, semalam dan hari ini kerana keadaan terlalu kotor dengan banyak lumpur perlu dibersihkan di setiap ruangan bank,” kata penyelia syarikat pembersihan, S. Periyanna dan menambah, ada mesin ATM di bank berkenaan yang rosak akibat banjir.

Segamat, yang terletak kira-kira dua jam setengah perjalanan dari Johor Bahru, adalah antara kawasan yang terjejas teruk dilanda banjir dengan jumlah mangsa 11,023 orang setakat jam 8 pagi tadi. BH



Lelong selepas banjir

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ceramah Ustaz Wadi Annuar pula dibatalkan di Selangor



Rasa Macam Nak Bagi Penampar, Awie Naik Angin

Tetamu tidak hadir majlis perkahwinan, Pengantin rugi RM121,000



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker