Impian Salah buru rekod Fowler tercapai

Impian Salah buru rekod Fowler tercapai

Mohamed Salah meletakkan dirinya sebagai penjaring terbanyak Liverpool di era moden selepas dua golnya memberikan Manchester United kekalahan terbesar di Anfield.

Liverpool berpesta gol di babak kedua, meledak enam kali dalam kemenangan 7-0 itu. Salah menjaringkan dua gol, menjadikan keseluruhan 129 gol dijaringkannya dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan mengatasi rekod Robbie Fowler selama 16 tahun. Dia dihadiahkan baju dengan angka 129 ketika dalam bilik persalinan.



Kali terakhir Liverpool menewaskan United dengan jumlah jaringan sebesar ini ialah pada Oktober 1895, ketika itu United dikenali sebagai Newton Heath.

Jaringan Salah ke atas United kini mencecah 12 gol – satu lagi rekod peribadi dicatatnya – dan dia gembira dapat menyempurnakan impiannya itu.

“Ia amat istimewa untuk memenangi perlawanan seperti itu tetapi kami perlu sentiasa merendah diri. Saya harap kami akan terus menang.

“Ia sangat istimewa (mengatasi rekod Fowler). Saya tidak bohong. Rekod ini sentiasa bermain di fikiran saya sejak saya tiba dan menjaringkan 31 gol pada musim pertama saya (2017-18).



“Memang saya sentiasa memburu rekod ini, jadi dapat mengatasinya ketika menentang United dengan keputusan ini adalah sukar dipercayai.

“Kami kini di tangga kelima. Kami bermain kurang satu perlawanan,” kata Salah.

Sementara itu pengendali Liverpool, Jurgen Klopp bangga dengan persembahan anak buahnya selepas permulaan hambar musim ini.

“Ia adalah persembahan terbaik selepas sekian lama. Semua orang dapat lihat betapa bagusnya pemain-pemain ini. Masa depan Darwin (Nunez) cukup cerah. Cody (Gakpo) bermain di posisi paling sukar di atas padang, dan Mo? Mo adalah Mo,” kata Klopp. BH



Impian Salah buru rekod Fowler tercapai

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ceramah Ustaz Wadi Annuar pula dibatalkan di Selangor



Rasa Macam Nak Bagi Penampar, Awie Naik Angin

Tetamu tidak hadir majlis perkahwinan, Pengantin rugi RM121,000



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker