Azalina tegur menteri, timbalan menteri tiada di Dewan ketika Belanjawan 2021 dibahas

Timbalan YDP Azalina Othman Said mahu menteri kewangan atau timbalannya mengikut perbahasan Belanjawan 2021 oleh wakil rakyat di Dewan Rakyat. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Azalina Othman Said, menegur kerajaan mengatakan seorang menteri atau timbalan menteri kewangan mesti berada di Dewan Rakyat ketika ahli Parlimen membahaskan Belanjawan 2021.

Beliau mengingatkan kerajaan bahawa belanjawan merupakan perkara penting dan perlu diberi perhatian.

“Saya nak minta menteri atau timbalan menteri yang ada 2 orang tolong duduk dalam dewan bila perbahasan dilakukan ahli Parlimen,” katanya sebelum menamatkan sidang har ini.

Azalina faham tentang kesibukan menteri dan timbalannya, tetapi begitu juga semua wakil rakyat.



“Menteri banyak tak ada, isu belanjawan isu penting,” katanya.

Shahidan Kassim (BN-Arau) mencelah untuk memaklumkan bahawa beliau difahamkan Menteri Tengku Zafrul Aziz dan timbalannya, Abdul Rahim Bakri, menghadiri mesyuarat.

Terdahulu, Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer, tertanya kenapa menteri atau timbalannya tidak berada di Dewan Rakyat ketika belanjawan dibahaskan.

Sebelum itu, Rayer membangkitkan hal sama kepada YDP Azhar Azizan Harun, yang menjelaskan tiada peruntukan mewajibkan menteri atau timbalannya mesti berada di Dewan Rakyat ketika wakil rakyat membahaskan belanjawan yang mereka bentangkan.



“Tiada pun peruntukan yang mewajibkan menteri dan timbalan menteri kena ada dalam dewan ketika belanjawan. Saya rasa mereka pantau dari luar,” katanya-FMT

Najib minta Anwar melantik Khalid Samad sebagai timbalannya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker