Aliff Aziz mati kutu nak bayar ansuran kereta

Dakwaan tersebut dibuat Sarah Yasmine.

Aliff Aziz mati kutu nak bayar ansuran kereta

KEMELUT rumah tangga Bella Astillah dan Aliff Aziz memasuki episod baharu apabila wanita yang mendakwa dirinya kekasih aktor kelahiran Singapura itu, Sarah Yasmine membuat pendedahan bertubi-tubi menerusi Instagram.

Sarah berkongsi untaian tangkap layar perbualan WhatsApp antara pihak ketiga, Ruhainies dengan Aliff yang kelihatan seperti berkomplot dan memasang strategi untuk menjatuhkan Bella, 30.



Antara yang didedahkan Sarah adalah respons Ruhainies apabila Aliff enggan melepaskan Bella pada sesi mahkamah tempoh hari.

Sayang Bella pula,” ajuk Ruhainies.

Aliff dalam tangkap layar perbualan terbabit membalas: “Saya tak cakap pun. Mereka (wartawan) yang cakap. Awak (Ruhainies) kena tengok video.

Jangan tengok wartawan bodoh semua ini. Awak tahu bagaimana mereka spin (putar belit).”



Dalam pada itu, menurut perbualan terbabit, Aliff kini sedang ‘mati kutu’ untuk membayar ansuran bulanan kereta yang diberikan Bella sewaktu hubungan mereka masih dalam keadaan okey.

“Sekarang ini, nak bayar kereta pun tak tahu macam mana. Saya betul-betul dalam keadaan yang rapuh sekarang,” tulis Aliff, 33, dalam satu balasan mesej kepada nama tertera NRF dipercayai merujuk Ruhainies.

Terdahulu, Bella membuat pendedahan kepada media bahawa dia pernah menghadiahi Aliff sebuah kereta ketika diwawancara pihak media.

Sementera itu, banyak pendedahan lain dibongkar Sarah termasuk dakwaan mengatakan Caprice adalah ‘orang tengah’ yang cuba mempertahankan Aliff menerusi konten-konten dalam media sosial.



Sekarang (Caprice) nak serang saya pula.

“Anda (Caprice) patut mula bercakap untuk diri anda sebelum sibuk tentang hal orang lain,” coret Sarah sambil mendedahkan rakaman audio dirinya berdepan kontrontasi Caprice berhubung kemelut Aliff, Bella dan Ruhainies. HG

Aliff Aziz mati kutu nak bayar ansuran kereta

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fatia Latiff kena bahan lagi lepas ‘upload’ gambar ini

‘Alamak Raya Lagi’ versi tauke babi panggang raih 1.6 juta tontonan (Video)



Penebar roti canai dicari dengan gaji RM5,000 sebulan

Ruhainies tipu kata nak berundur – Kekasih Aliff Aziz



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker